Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

12 Jan 2012

Acheh dilanda Gempa Skala 7.3


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Acheh dilanda gempa skala 7.3. Gempa bumi dengan magnitud 7.3 melanda pantai barat pulau utara Indonesia, Sumatera semalam, mencetuskan panik dikalangan penduduk tempatan, tetapi tiada sebarang laporan kemusnahan, kata Kajian Geologikal Amerika Syarikat.

Amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik dan Indonesia turut mengeluarkan amaran tsunami tetapi menarik semula dua jam kemudian.
Gempa bumi yang dengan kedalaman 29 kilometer melanda jam 2.37 pagi, kira-kira 420 kilometer barat daya Banda Aceh, ibu negara wilayah Aceh di Pulau Sumatera.


Pegawai di Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia berkata tiada laporan kemalangan dilaporkan.

“Gempa bumi berlaku dalam laut dan amaran tsunami terpaksa dikeluarkan tetapi setakat ini tiada laporan kemusnahan atau kemalangan,” kata ketua teknikal agensi itu, Suharjono kepada AFP.

Agensi itu pada awalnya melaporkan gempa 7.6 magnitud tetapi kemudian menurunkannya kepada 7.1 magnitud.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata ancaman tsunami tidak wujud tetapi menambah:

“Ada kemungkinan kecil tsunami tempatan akan menjejaskan pantai yang terletak lazimnya tidak lebih 100 kilometer dari pusat gempa bumi.”

Agensi Indonesia turut melaporkan dua gempa susulan berukuran 5.4 dan 5 magnitud dikesan kira-kira 30 minit dan sejam selepas gempa pertama.

Di Kota Aceh, tanah bergegar selama 30 saat dan mengejutkan penduduk yang keluar dari rumah masing-masing tetapi mereka kembali semula tidak lama kemudian, kata seorang wartawan AP yang berada di tempat kejadian.

Sebilangan penduduk di tepi pantai melarikan diri ke tengah, berlindung di masjid atau berkhemah di luar jalan sebagai langkah berjaga-jaga tetapi keadaan tidak mencetuskan panik, katanya.

Gempa susulan tidak dirasai di Banda Aceh, tambahnya.

Pada Disember 2004, gempa bumi dengan skala skala 9.1 magnitud melanda pantai wilayah Aceh di utara Sumatera mencetuskan tsunami di Lautan Hindi dan meragut 220,000 nyawa dengan tiga perempat mangsa adalah penduduk Indonesia. – AFP
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment