Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

9 Jan 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas tuduhan liwat


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan mahkamah membebas dan melepaskan beliau dengan hati terbuka setakat ini. Bagaimanapun beliau akan akur sekiranya pihak pendakwaan mahu mengemukakan rayuan berhubung keputusan hari ini.


Dalam ucapannya di hadapan ribuan penyokong yang membanjiri parkir Kompleks Mahkamah pagi ini, Anwar mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat khususnya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd  Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.

Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

"Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi," demikian entri akaun Twitternya.

Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.

Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad Zabidin berkata tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut bagi mensabitkan Anwar.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.-sinarharian
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment