Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

11 Jan 2012

Duit Syiling baru diedar mulai 16 Januari


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
BANK Negara Malaysia (BNM) mengumumkan duit syiling Malaysia siri baru akan dikeluarkan untuk edaran mulai 16 Januari 2012. Kat bawah ni ada gambar duit syiling baru depan dan belakang.


BNM dalam satu kenyataan berkata, duit syiling baru itu sah diperlakukan dan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat serta boleh digunakan bersama duit syiling sedia ada.


“Duit syiling sedia ada dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan bagi memastikan peralihan lancar untuk duit syiling baru ini, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai diberikan tempoh masa mencukupi untuk mengubah suai mesin mereka supaya boleh menerima duit syiling baru ini,” katanya.

Menurutnya, ia bertemakan Keunikan Malaysia dengan denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.


“Ia juga lebih kecil dan ringan serta direka dengan warna berbeza iaitu kuning dan perak bagi memudahkan orang ramai membezakan denominasi yang berlainan. “Malah, reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,” katanya.


Selain itu, duit syiling baru ini diperbuat daripada logam baru yang berkualiti dan tahan lama serta dilengkapi ciri keselamatan lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.-mymetro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment