Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

2 Jan 2012

Pakej eksklusif iPhone 4S Maxis


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
TEPAT jam 12 tengah malam 16 Disember lalu, peranti telefon pintar iPhone 4S yang telah lama dinantikan peminat setia gajet tersebut secara rasmi memasuki pasaran Malaysia.

Dibawakan oleh syarikat pengendali telekomunikasi terkenal negara, Maxis Berhad (Maxis), peranti itu tersedia bersama tawaran pakej data mobiliti yang eksklusif.


Ia merupakan kesinambungan daripada kecemerlangan syarikat berkenaan menjadi peneraju dalam menawarkan peranti iPhone sejak tahun 2009.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Sandip Das, bagi menyokong servis iPhone 4S terbaru itu, pihaknya telah melakukan pelbagai perubahan besar dalam mengukuhkan operasi rangkaian, pelan dan juga aplikasi.

''Untuk iPhone 4S kali ini, pihak kami telah menerima tempahan awal sebanyak lebih 5,000 unit sejak beberapa bulan lalu.

''Melengkapkan fungsinya pula, Maxis ada menyediakan beberapa pilihan pelan menarik sesuai untuk semua peringkat pengguna,'' katanya pada majlis pelancaran iPhone 4S Maxis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

 iPhone 4S Maxis hadir bersama empat pilihan pelan iValue yang mengkombinasikan akses data dan Wi-Fi mobiliti sehingga 11 gigabit (GB) selain mempunyai spesifikasi produk yang cemerlang.

Bagi setiap pelan tersebut, ia dilengkapi data sambungan Wi-Fi 4GB sebulan secara percuma di kawasan hotspots Maxis seluruh negara.

Setakat ini, terdapat sebanyak 1,500 kawasan hotspots Maxis tersedia di beberapa lokasi seperti di pusat bandar, kediaman dan pusat membeli-belah.

Dengan kelebihan itu, ia akan memudahkan pengguna melakukan aktiviti pelayaran Internet, memuat turut, bersembang dalam talian, video streaming dan sebagainya di mana-mana sahaja mereka berada.

Di bawah pelan-pelan berkenaan juga, pengguna iPhone bakal dilengkapi aplikasi Khidmat Pelanggan Maxis terus daripada peranti telefon mereka.

Menerusi aplikasi itu, pengguna berpeluang mengakses informasi seperti maklumat bil, melanggan perkhidmatan tambahan serta mendapatkan sebarang bantuan servis daripada saluran yang betul.

Lebih menarik, pengguna yang melanggan sebarang pelan data akan dapat menikmati faedah kosong peratus selain boleh menaiktaraf pelan kegemaran mereka pada bila-bila masa.

Untuk kapasiti memori, peranti iPhone 4S disempurnakan bersama pilihan storan 16GB, 32GB dan 64GB.

Komitmen bulanan yang disediakan pula adalah RM100 (iValue 1), RM155 (iValue 2), RM250 (iValue 3) dan RM375 (iValue 4).

Daripada segi spesifikasi, peranti iPhone 4S dilengkapi beberapa kelebihan seperti pemproses dua teras dengan cip A5 untuk kelancaran prestasi dan paparan grafik cemerlang.

Sementara sistem operasinya iOS 5 pula menawarkan lebih 200 ciri termaju seperti iCloud untuk penyimpanan kandungan data secara bebas dan boleh diakses terus dari peranti iPhone, iPad, iPod Touch, Mac atau PC.

Fungsi kameranya turut dipertingkatkan melalui resolusi lapan megapiksel dengan keupayaan rakaman video definisi tinggi (HD) 1080p.

Pengguna yang berminat mendapatkan gajet berkenaan, mereka boleh memilikinya pada harga serendah RM1,450 untuk komitmen bulanan RM100, kapasiti memori 16GB dan kontrak selama 24 bulan. Maklumat lanjut mengenai pakej dan pelan yang ditawarkan, sila layari www.maxis.com.my/iphone. Sumber dari utusan.com.my
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment