Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

20 Jan 2012

Hospital Taiping mahu jumpa ibu bapa bayi malang


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Pihak pengurusan Hospital Taiping akan mengadakan pertemuan dengan pasangan suami isteri kepada bayi malang yang kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman, Mohd. Hasmadi Mohd. Nor, 30, dan Umi Kalsum Baharuddin, 24, pada Rabu depan di hospital berkenaan.


Pertemuan itu adalah bagi menjelaskan kes anak perempuannya, Nur Amani Nasuha secara lebih terperinci setelah pasangan itu mendakwa kecacatan anak mereka berpunca daripada kecuaian doktor yang lambat bertindak selepas kaki kanan bayi itu dijangkiti kuman dan akhirnya terpaksa dipotong.

Mohd. Hasmadi ketika dihubungi berkata, pengarah hospital berkenaan telah menghubunginya pagi semalam setelah berita mengenai anaknya itu dipaparkan pada muka depan Kosmo! semalam.

“Saya menerima panggilan telefon daripada dia (pengarah) dan dia mahu bertemu dengan kami sekeluarga bagi memberi penjelasan lanjut.

“Saya juga mahu mereka lihat sendiri keadaan terkini Nur Amani,” katanya dengan menambah anak perempuannya itu sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai kecacatan yang dialami oleh Nur Amani selepas kaki kanan bayi itu didakwa terpaksa dipotong tiga minggu selepas dilahirkan ekoran kelewatan pihak hospital lambat bertindak untuk merawat kakinya yang dijangkiti kuman.-Kosmo
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment