Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 Jan 2012

RM700 Ribu lesap dalam masa 5 minit


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
 Tiga penjenayah hanya mengambil masa kurang lima minit untuk melarikan beg berisi wang tunai RM700,000 yang dibawa seorang pengarah syarikat pengurup wang dalam kejadian samun di kawasan parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pengarah syarikat berusia 53 tahun terbabit turut mengalami kecederaan di tangan kanannya apabila seorang daripada penjenayah melibas parang ketika mangsa cuba mempertahankan beg daripada dirampas suspek.

Difahamkan, semua penjenayah itu sudah merancang dan mereka kemungkinan mengekori dan memerhatikan gerak geri mangsa yang keluar dari rumahnya di Jelutong sebelum menunggu masa sesuai untuk melakukan jenayah itu.

Sejurus mangsa sampai di kawasan parkir, dua daripada penjenayah terbabit menghampirinya, manakala seorang lagi menunggu dalam kereta dan sudah bersiap sedia untuk melarikan diri. Ketika kejadian, mangsa berada dalam keretanya dan penjenayah berkenaan terus membuka pintu kenderaannya sebelum meminta dia menyerahkan beg yang berisi wang tunai.

Tindakan mangsa yang degil dan enggan menyerahkan beg menyebabkan penjenayah berang sebelum mengelar tangan mangsa menggunakan senjata tajam. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata semua suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu.

“Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah kemudian dibantu orang awam sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.
“Setakat ini polis masih mengesan semua suspek dan satu operasi khas dilancarkan bagi memburu mereka,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Difahamkan, kejadian berlaku begitu pantas dan mangsa hanya sempat melihat seorang daripada penjenayah terbabit berambut panjang dan mempunyai saiz badan sederhana. -mymetro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment