“Tiba-tiba mereka menarik selimut dan minta saya serahkan barang kemas.
Ketika itu, saya hanya terfikir jika mereka sentuh saya, saya akan lawan dan pertahankan diri sampai mati,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32. Personaliti televisyen itu yang masih trauma dan menggigil ditemui selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini, disamun tiga lelaki warga asing bersenjata pemutar skru, pada jam 3 pagi semalam.
Dalam kejadian lebih setengah jam itu, Wardina kerugian lebih RM20,000 membabitkan sebentuk cincin, dua komputer riba, satu iPad, empat telefon bimbit dan wang tunai. Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima lagi ahli keluarga iaitu suaminya, Ikhwan Johari, 37, tiga anak, Amna Nafeesa, 8, Azra Sareera, 6, dan Imran Arrazi, 3, serta seorang saudara perempuannya tidur. -metro
Berhati-hati letak barang berharga dalam rumah . Orang boleh masuk melalui bumbung.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment