

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.
Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.
Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.
Dipetik dari status founder wootmedia.my
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
2 comments:
AlhamduLLILAH kalau zizan atau artis lain ingin menjurus kearah Islamik. Cuma nasihat saya jadilah pendakwah yg berkalibar dan jangan sesewkali melibatkan diri dlam politik lebih lagi berpolitiking ketika berceramah seperti yg dilakukan olih ssetengah artis. Pangkah je parti yg kita suka masa PRU tak perlulah baritahu seluruh rakyat Malaysia yg anda penyokong sesuatu part
Best je masa ni. Suka bila Zizan jadi mc ^^,
Post a Comment