Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 Jan 2012

Kisah Benar pasal Obesiti atau Gemuk Terlampau


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Ini adalah kisah benar pasal SITI (bukan nama sebenar), 47, sudah lima tahun mengidap kencing manis. Dia juga mempunyai kolestrol tinggi, darah tinggi dan sering berulang alik ke klinik pakar untuk rawatan selama lima tahun kebelakangan ini.


Pada Disember 2011, pemeriksaan menunjukkan kencing manisnya tidak terkawal manakala darah tinggi dan kolesterol semakin meningkat. Kemudian, doktor memberi tiga jenis ubat pada tahun pertama, lima jenis pada tahun ketiga dan enam jenis pada tahun kelima sehingga sekarang.

Siti mempunyai berat badan 101 kilogram (kg), ketinggian 166 sentimeter (sm), Body Mass Indeks atau BMI 35. 2 manakala tahun sebelumnya adalah 89 kg dengan BMI 33.

Susunan penyakit bagi pandangan pesakit (bila ditanya) mengikut urutan adalah kencing manis, darah tinggi dan kolesterol. Pesakit tidak mengetahui bahawa obesiti adalah penyakit bukan keadaan.

“Ramai pesakit tidak menganggap obesiti sebagai perkara serius atau punca utama penyakit. Dalam hal ini, seseorang pesakit perlu meletakkan obesiti dalam kedudukan pertama, diikuti kencing manis, kolesterol, darah tinggi dan hati berlemak, strok, sakit jantung, barah hepar dan barah usus (boleh berlaku mengikut kajian dan statistik jika tidak dirawat).

Dalam hal ini, sebenarnya obesiti merupakan punca utama segala penyakit lain,” ujar Pakar Perunding Kanan Perubatan dan Gastroenterologi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Datuk Dr Ahmad Shukri bin Md Salleh.

Tambah Dr. Ahmad Shukri, masalah timbul apabila orang ramai dan pesakit tidak menganggap obesiti sebagai satu penyakit.

Mereka menganggap ia lebih kepada satu keadaan bukan penyakit yang perlu diberi perhatian serius.

“Jika orang ramai merawat obesiti, mereka melakukannya hanya untuk tujuan kosmetik dan bukan perubatan. Terdapat dua kategori pesakit yang datang ke klinik saya iaitu golongan untuk menyambung ubat dan kedua adalah untuk berubat. Sekiranya pesakit yang datang ke klinik untuk menyambung ubat, tidak banyak perubahan yang dicapai dari segi tahap kesihatan. Mereka akan mengambil empat hingga lima jenis ubat dan bacaan gula atau tekanan darah dalam keadaan normal tetapi berat badan semakin bertambah. Maka keadaan mereka yang sihat adalah sementara.

Apabila ubat dikurangkan, penyakit akan menjadi tidak terkawal semula. Jadi ubat perlu disambung, mereka datang ke klinik hanya sekadar untuk menyambung ubat dan bukan untuk berubat,” ujarnya.

Dr . Ahmad Shukri memberitahu, golongan yang datang untuk berubat adalah lebih proaktif.

Setelah mengetahui penyakit yang dihidapi, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merawat penyakit sedia ada dan mengelak penyakit lain yang boleh berlaku pada masa akan datang.

Maka kita dapati bacaan gula, tekanan darah, kolesterol akan bertambah baik dan berat badan menurun sehingga ke tahap yang ideal.

Ini menunjukkan obesiti sebenarnya menentukan baik buruknya keadaan fizikal seseorang dari segi perubatan.

Pemakanan

Dr. Ahmad Shukri menyarankan beberapa rawatan obesiti termasuk mengurangkan makan terutama waktu malam, kurang memakan makanan berlemak, bersantan dan bergoreng.

“Cara pemakanan atau menu anda juga perlu ditukar seperti mengamalkan makanan rebus atau panggang serta berserat dan berkhasiat seperti sayur-sayuran (sebaik-baiknya yang mentah), buah-buahan kurang manis dan kurang lemak seperti epal, jambu dan lain-lain.

“Golongan obes juga perlu banyak bersenam seperti menggunakan tangga semasa di pejabat,” katanya.

Justeru anda tidak perlu suplemen atau ubat untuk mengurangkan berat badan sekiranya mengamalkan nasihat di atas.

Beliau mengulangi bahawa obesiti adalah satu penyakit dan bukan keadaan yang boleh diambil ringan. Ini kerana obesiti adalah antara punca utama kencing manis, darah tinggi, kolesterol, barah kolon dan lain-lain.-utusan
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment