Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

23 Jan 2012

Kedah gugurkan Awang Import


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Kedah gugurkan Awang Import | Ketika pasukan lain dalam Liga Super berbangga dengan pemain import mereka, namun lain pula cerita- nya dengan Kedah yang terpaksa berduka kerana memiliki dua awang import yang tidak boleh diharapkan.

Prestasi hambar dua pemain import dari Brazil iaitu Daniel Soares Neves atau Baroni dan Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo memaksa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkira-kira untuk menggugurkan mereka.
Gambar atas penyokong  Kedah berhimpun di luar Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk mendesak pengurus pasukan, Khazali Din meletak jawatan selepas skuad Kenari kalah 0-3 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super
Baroni yang diturunkan dalam empat perlawanan lalu tenggelam dalam permainannya dan langsung tidak membawa impak kepada pasukan, manakala Danilo pula sekadar menjadi penonton akibat kecederaan.

Jurulatih Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusof memberitahu, beliau sudah memaklumkan cadangan menggugurkan mereka kepada pengurusan dan proses mencari pemain import baharu sedang dijalankan.

“Anda boleh lihat sumbangan dua pemain ini (pemain import). Kita harapkan yang terbaik seperti pasukan lain tetapi persembahan mereka sangat menghampakan,” katanya.

Pada perlawanan menentang Kelantan malam kelmarin, Kedah diaibkan di hadapan penyokong sendiri dengan kekalahan 3-0 menerusi jaringan pemain import Kelantan, Mohamad Ghadar dan Denny Antwi serta Norshahrul Idlan Talaha.

Dalam pada itu, pengurus Kedah, Datuk Khazali Din pula memberitahu, KFA mengenal pasti enam pemain im- port baharu iaitu masing-masing dua dari Korea dan Afrika, manakala dua lagi pemain pernah beraksi dalam Liga Malaysia.

Katanya, keputusan mengenai pemain itu dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu dan mereka akan didaftar sebelum tarikh tutup pertengahan bulan depan.

“Kita akan mencari pemain import baharu terlebih dahulu sebelum menggugurkan dua pemain sedia ada ini. Ia melibatkan pemain penyerang dan pertahanan,” katanya.

Sementara itu, prestasi mengecewa- kan Kedah turut memberi tempias kepada Khazali yang didesak meletak jawatan oleh penyokong skuad Hijau Kuning yang berkumpul di pekarangan Stadium Darulaman, Alor Setar malam kelmarin.

Khazali terpaksa dikawal rapi oleh polis selepas hampir 1,000 penyokong tidak puas hati terhadap prestasi Kedah yang belum meraih kemenangan dan gagal menjaringkan sebarang gol selepas mengharungi empat perlawanan.

Mengulas desakan itu, Khazali memberitahu, beliau bersedia meletakkan jawatan sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh pihak pengurusan.

Katanya, kekalahan kepada Kelantan bukan berpunca daripada beliau semata-mata, sebaliknya banyak faktor.

“Saya berusaha menjalankan tugas untuk menaikkan nama Kedah selepas dilantik sebagai pengurus pasukan, namun tidak berhasil.

“Sekiranya pihak atasan meminta saya meletak jawatan, saya bersedia berbuat demikian,” katanya.

Dalam pada itu aksi Kedah pada per- lawanan itu amat mengecewakan apabila pemain dihukum akibat kesilapan kecil yang dilakukan termasuk kelekaan di benteng pertahanan.

Mohd. Nidzam memberitahu, pemain perlu berubah sikap dan bekerja keras selain meningkatkan prestasi jika terus mahu memberi saingan dalam liga.

“Pemain perlu gandakan usaha. Mereka mencipta banyak peluang tetapi gagal dimanfaat. Jika gagal menjaring- kan gol kita tidak boleh menang.

“Kita perlu bekerja keras di semua posisi, lebih-lebih lagi di bahagian sera- ngan,” tegasnya. -Kosmo
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment