Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label Bayi gigit kepala ular. Show all posts
Showing posts with label Bayi gigit kepala ular. Show all posts

15 Feb 2012

Ngeri! Bayi Kunyah Kepala Ular Hingga Separuh Mati



Bayi Kunyah Kepala Ular Hingga Separuh Mati | Seorang kanak-kanak berusia setahun sebulan yang masih tidak mengenal erti takut mengunyah kepala seekor ular sepanjang 30 sentimeter yang masuk ke dalam rumahnya di bandar Israel Utara Arab, demikian dilaporkan akhbar AFP jumaat lalu.

Ibu kanak-kanak lelaki itu yang terkejut menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan jiran-jiran apabila melihat anaknya, Imad Aleeyan, yang hanya mempunyai enam batang gigi, didapati mengunyah kepala ular itu.

“Saya sedang membuat susu dan ketika masuk ke bilik, saya melihat kepala ular dalam mulutnya,” kata ibunya, Ghadir Aleeyan yang tinggal di bandar Shefa Amr, 15 km timur bandar pelabuhan Haifa.

“Kami bergegas ke rumah Ghadir dan mendapati kanak-kanak itu sedang mengunyah kepala ular di dalam mulutnya. Ia benar-benar dahsyat dan menakutkan,” kata ibu saudara kanak-kanak itu, Yasmin Shahin.

Seorang jiran yang tergesa-gesa datang ke rumah itu segera menarik ular yang setengah mati itu daripada mulut kanak-kanak lelaki dan membunuhnya. Kepala ular itu kelihatan cedera teruk ketika ditarik keluar. Ketika ular itu ditarik keluar, kanak-kanak itu mula menangis,” tambahnya lagi.

Mereka dengan serta-merta memeriksa kanak-kanak itu untuk melihat sama ada terdapat apa-apa tanda-tanda gigitan dan segera membawa kanak-kanak itu ke hospital Rambam di Haifa .

Doktor mengesahkan kanak-kanak itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan tidak terkena racun ular. Doktor itu menyatakan bahawa ular itu benar-benar beracun tetapi kanak-kanak itu bernasib baik kerana ular itu biasa melepaskan racun pada musim sejuk.

Seorang pakar amfibia dan reptilia, Dr Boas Shacham,memberitahu AFP bahawa daripada gambaran imej-imej ular itu, didapati ia adalah sejenis ular syiling dalam kategori (hemorrhois nummifer), spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper .

Ular kebiasaanya akan membesar sehingga 1.3 meter panjang dan doktor itu menyatakan bahawa ular yang digigit kanak-kanak itu adalah spesimen yang “terlalu muda”.

“Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak itu kerana cuaca sejuk,” kata Shacham yang merupakan ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis.

Moral – Bayi yang baru dilahirkan itu umpama kain putih yang suci. Ibu bapa lah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Alhamdullillah ular yang digigit oleh bayi itu tidak berbisa, kalau tidak….Wallahualam.Sumber melayukini.net
Baca Lagi

29 Jan 2012

Bayi gigit kepala ular yang masuk ke dalam rumah


Bayi gigit kepala ular yang masuk ke dalam rumah |

BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.

Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.


“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya.

Saya menjerit kerana tidak percaya yang anak saya menggigit ular tersebut,” katanya.

Jeritannya telah menyebabkan semua ahli keluarga dan jiran datang untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami mendapati bayi tersebut dengan kepala ular di dalam mulutnya, ia sangat menakutkan kami semua,” kata Yasmin Shahin, makcik kepada bayi tersebut.

Seorang jiran yang telah tergesa-gesa untuk melihat apa yang berlaku terkejut apabila melihat kepala ular di dalam mulut bayi tersebut, katanya.

“Apabila dia menarik, Imad mula menangis,” katanya menerangkan kepala ular tersebut  ”sangat teruk dimamah” apabila ia muncul dalam mulut kanak-kanak lelaki.

Mereka dengan serta-merta memeriksa bayi itu jika terdapat tanda-tanda gigitan tetapi mendapati tiada dan doktor di hospital Rambam di Haifa mengesahkan bayi tersebut tidak dipatuk oleh ular tersebut.

“Doktor di hospital itu memberitahu kami ular itu benar-benar berbisa tetapi kami sangat bernasib baik kerana ular melepaskan racun yang kurang pada musim sejuk,” katanya.

Dr Boas Shacham, seorang pakar amfibia dan reptilia, memberitahu AFP bahawa iaadalah daripada spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper.

Ular tersebut mampu membesar sehingga tiga kaki panjang dan ia  ”terlalu muda”.

“Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak kerana sejuk,” kata Dr Shacham yang ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis.

“Mereka tidak benar-benar aktif dalam musim sejuk.”– AFP
Baca Lagi