Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Aug 2012

Isteri mengandung suami pula kuat makan, biasalah tu ...


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Isteri mengandung suami pula kuat makan , biasalah tu , aku dulu pon macam tu jugak  bila isteri mengandung anak pertama , tak boleh kontrol makan ,  lagi pula duduk dengan mak mertua tu , hari-hari makan sedap , kalau tak makan nanti orang tua kecik hati , dah teruk-teruk dia masak , kita tak nak makan pulak. Dulu memang aku tak boleh kawal makan dan aku memang suka tidor  , tapi semenjak aku pindah duduk rumah sendiri , barulah aku belajar berdiet, bersenam , kawal makan , minat aku pula lebih kepada bersenam dan berpeluh dan ,aku suka habiskan duit aku untuk membeli peralatan sukan.

Rata-rata aku servey kawan-kawan lama dalam Facebook  memang badan jadi macam belon selepas kahwin , dan ada juga kawan aku yang dah meninggal , meninggal bukan sebab gemuk,  jangan salah faham tu , tapi dah sampai masa Tuhan ambik nyawa dia.

Kepada bakal ibu dan bapa, Irma dan Reza semoga selamat mengandung dan melahirkan anak dan menjadi ibu bapa yang solehah....



KUALA LUMPUR: Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Begitulah yang berlaku buat suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang melalui tabiat pelik selepas isterinya itu disahkan berbadan dua.

Redza berkata, apabila mendapat tahu isterinya hamil lima minggu, dia menjadi seorang yang kuat makan tetapi Irma hanya mengalami alahan biasa seperti mana yang dilalui kebanyakan wanita mengandung lain.

"Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Redza berkata buat sementara ini dia akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung.

"Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri," ujarnya.
Redza turut menambah walaupun masih pada peringkat awal tetapi dia sangat teruja untuk bergelar seorang bapa.

Sementara itu, Irma memberitahu kandungannya berada di dalam keadaan baik cuma dia tidak boleh menikmati makanan dan sentiasa mengalami muntah-muntah.

"Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya.-Berita Penuh

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

dilladoodledat said...

kehkeh die plakkk yg kuat makan yee
untung ah irma hasmie
:P

Post a Comment