Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Aug 2012

Geng Kerinchi samun guna munyak wangi pukau mangsa


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Pukau guna minyak wangi ? Macam-macam cara pukau sekarang ni , dah tu guna kad ramalan pula nak tengok samun ni berjaya atau tidak , ikuti kisah ni ...........




Sekumpulan empat penjenayah warga Indonesia bergelar Geng Kerinchi yang menggunakan ilmu hitam bagi memukau mangsa nampaknya tidak menjadi apabila kesemua mereka ditahan tiga jam selepas melakukan jenayah itu kelmarin.

Suspek-suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun tersebut ditahan pada pukul 8.30 pagi di rumah kongsi sebuah kilang papan dekat Semenyih pada 27 Julai lalu.

Kegiatan mereka berjaya ditumpaskan selepas mereka memecah masuk sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Teknologi, Kajang.

Suspek juga didapati berjalan kaki melalui hutan sejauh 10 kilometer dari kawasan kilang ke rumah mangsa untuk mengelak daripada terserempak dengan sesiapa.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, pengurus kilang berusia lingkungan 30-an kerugian RM10,000 apabila barangan berharga milikinya dilarikan suspek.

Difahamkan, suspek menyapu minyak pukau pada badan masing-masing sebelum memecah masuk rumah supaya penghuni yang terhidu cecair itu berada dalam keadaan khayal. Minyak itu berbau wangi.

Sebelum itu, suspek menilik kad ilmu pelangkah yang dibawa khusus dari kampung halaman mereka di Kerinchi, Jambi, Indonesia untuk mengetahui sama ada mereka berjaya atau gagal memecah masuk rumah yang disasarkan.

Selepas itu, keempat-empat suspek yang masuk ke negara ini sejak seminggu lalu menghubungi ketua dukun bergelar Kiai di kampung mereka sebelum lelaki tersebut menyalakan lilin di dalam bilik untuk membuat ramalan.

Jika api bergoyang maka rancangan untuk merompak akan ada aral yang melintang.

Siasatan polis setakat ini mendapati suspek telah tiga kali keluar masuk ke negara ini dan mereka dipercayai menghantar hasil samun pulang ke kampung.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab memberitahu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah membabitkan suspek dan modus operandi yang sama dengan tertangkapnya keempat-empat penyangak tersebut.

Kerugian keseluruhan daripada lima kes pecah rumah dianggarkan RM60,000.

sumber

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment