Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Aug 2012

Ais krim Baskin-Robbins percuma kalau menang Olimpik ?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins akan memberikan aiskrimnya secara percuma di seluruh negara.
Ianya untuk menyatakan bahawa mereka menyokong inisiatif “Impian Emas” dari Media Prima Bhd.

Aiskrim ini akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.
Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.
“Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita,” kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima.
Ini merupakan kali pertama Baskin-Robbins menyertai aktiviti sedemikian di Malaysia bagi meraikan saat bersejarah seumpama itu di negara ini.
Ia juga merupkan sumbangan terbesar Baskin-Robbins kerana ia melibatkan hampir semua kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh Malaysia.
Pelanggan boleh memilih daripada mana-mana 31 perisa yang tersedia. Pilihan terbaik yang melambangkan detik penting ini ialah perisa Gold Medal Ribbon dan World Class Chocolate.
Mari kita sama-sama doakan kejayaan Malaysia.
 sumber
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment