Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Aug 2012

Banyak kes tembak jarak dekat sekarang ni , bahaya lepak kat kedai lama-lama....


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Banyak kes tembak jarak dekat sekarang ni , bahaya lepak kat kedai lama-lama....Kalau nak gi minum tu boleh tapi tak yah lah lepak lama-lama , terutama bagi anda yang bujang . Kalau nak tengok Astro tengok je kat rumah , sebab sekarang ni banyak kes tembak kat kedai makan, Takut nanti penjahat tu nak tembak orang lain , tapi kita yang kena tempias , mana tau , terkena peluru sesat .

Bawah ni petikan dari Sinar Harian ......

Akibat dendam, seorang lelaki dipercayai pengawal kelab malam mati ditembak di Serdang Perdana dekat sini, malam tadi. 


Dalam kejadian mangsa yang dikenali sebagai K.Silvan, 27, ditembak dalam jarak dekat ketika sedang lepak dan minum bersama dua lagi rakannya di bahu jalan pada kira-kira jam 11.30 malam. 


Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Abd Razak Elias berkata, mangsa ditembak satu das di kepala serta dua das di bahagian badan dan polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam. 
"Siasatan awal mendapati penembak itu merupakan dua suspek lelaki berumur lingkungan 20-an yang menaiki motor jenis Yamaha LC dengan memakai topi keledar bertutup penuh. Ketika kejadian salah seorang suspek telah turun dan menembak mangsa manakala seorang lagi rakannya menunggu di motosikal," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. 


Bagaimanapun, Abd Razak berkata, dua lagi rakan mangsa tidak dicederakan dalam kejadian itu. 


Beliau berkata, mangsa yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. 


Polis meminta saksi kejadian agar tampil memberikan maklumat di balai polis berdekatan. 
Sementara itu, menurut saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu mangsa bekerja di kelab malam sekitar Serdang dan tinggal di flat Taman Universiti, Seri Kembangan.

sumber
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment