Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 Aug 2012

KL Monorel terkandas lagi , 200 orang terperangkap di antara Stesen Imbi dan Bukit Bintang


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Jadi fobia pula aku baca berita dari metro online ni , monorel rosak lagi , terkandas di antara stesen imbi dan stesen bukit bintang , apa nak jadi dengan servis pengangkutan awam negara sekarang ni ? Aku yang belum pernah menghadapi saat kecemasan begitu pun fobia nak naik monorel. Kalau kejadian tu berlaku sewaktu monorel tu kat atas tak pe juga , kalau terjadi sewaktu sedang kat dalam terowong bawah tanah macam kat masjid jamek tu nak wat camna ? Naik teksi jelah senang kan , cuma kena bayar lebih je , tengok kisah kat  bawah ni ...   berita penuh
KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penumpang perkhidmatan monorel terperangkap hampir sejam dalam tren dinaiki pagi semalam ekoran tren mengalami kerosakan dan terpaksa ditunda, sebelum kesemua penumpang dikeluarkan di stesen lain.
Dalam kejadian jam 8.35 pagi itu, tren yang dalam perjalanan dari Stesen Imbi ke Stesen Bukit Bintang dikatakan mengalami kerosakan kecil dan secara tiba-tiba terkandas menyebabkan semua penumpang terperangkap.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penumpang yang terperangkap dalam gerabak pada jam 9 pagi.
“Selepas beberapa minit terperangkap, penumpang yang panik menghubungi kami dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat dihantar serta sampai ke lokasi kejadian dalam masa tujuh minit,” katanya.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment