Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

24 Aug 2012

Awas geng langgar belakang kereta dan terus samun


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berhenti jika kereta dilanggar dari belakang , sebaliknya  pandu  terus ke balai polis


Geng langgar belakang dan acu parang sekarang ni berleluasa , mereka langgar belakang nak suruh kita berhenti , lepas tu acu parang dan larikan kereta . Harap-harap kejadian ini di jadikan pengajaran kepada kita semua .

Hati-hati jika kenderaan anda dilanggar dari belakang ketika memandu seorang diri melalui beberapa laluan utama di daerah ini ekoran sudah terdapat 10 kes kenderaan disamun pada tahun ini selepas perlanggaran itu.

Berdasarkan aduan, lokasi sasaran kenderaan banyak dilarikan penjenayah selepas dirempuh dari belakang ialah semua persimpangan menuju ke Lebuh Raya Silk, susur ke Lebuh Raya Utara-Selatan, jalan menuju ke Besraya dan semua susur masuk ke Lebuh Raya Grand Saga.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab (gambar kecil) berkata, kumpulan penyamun yang terdiri daripada dua hingga empat suspek tersebut dikesan aktif di daerah ini sejak setahun lalu dan memilih lokasi-lokasi tersebut sebagai lokasi menyamun kerana kawasan tersebut sunyi dan kenderaan yang disamun pula mudah dilarikan.

"Kumpulan penjenayah ini akan melakukan kegiatan tersebut mengikut peluang seperti jika ada kenderaan yang melalui kawasan tersebut memandu seorang diri tanpa mengira jantina, penjenayah terbabit akan bertindak," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, semasa melakukan jenayah itu, suspek membawa parang untuk mengugut mangsa supaya menyerahkan barang berharga mereka dan keluar dari kenderaan selepas diarahkan.

"Modus operandi penjenayah ini senang iaitu suspek-suspek menaiki sebuah kereta dan melanggar kereta sasaran mereka dari arah belakang.

"Sebaik mangsa berhenti dan turun untuk melihat kes perlanggaran tersebut, kumpulan suspek terbabit terus menyamun mangsa dan melarikan kenderaan tersebut," kata beliau.

Kata beliau, terdapat beberapa kes mangsa dicederakan oleh suspek yang cuba melawan.

Polis telah menahan beberapa suspek yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu tetapi saki-baki ahli kumpulan yang masih bebas meneruskan aktiviti jenayah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemandu kereta yang memandu seorang diri supaya tidak memberhentikan kenderaan sekiranya kereta mereka dilanggar dari belakang.

"Mangsa sepatutnya memandu terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan mengenai kejadian itu," nasihat beliau.-kosmo

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment