Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 Aug 2012

Puspakom tawar periksa kereta percuma sempena Aidilfitri....


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Percuma !! Percuma !! pemeriksaan kereta perscuma oleh Puspakom sempena Aidilfitri , sapa yang rasa kereta ada masalah tu lebih baik masuk Puspakom ,  ni macam kes serah diri le ni , kalau Puspakom tak lulus confirm kena keluar duit nak servis kan ? Apa salahnya ? Repair kereta untuk tujuan keselamatan , maklumlah nak jalan jauh .......


Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada pemilik kereta persendirian di semua cawangan Puspakom seluruh negara bermula 6 hingga 24 Ogos, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Puspakom dalam kenyataan di sini hari ini, berkata pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh itu akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan Puspakom bertauliah merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, ketelusan cermin dan sebagainya.

"Pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan yang ingin dikunjungi terlebih dahulu dan mereka akan diberikan satu waktu pemeriksaan yang spesifik.

"Pelanggan juga boleh melayari laman web www.puspakom.com.my untuk senarai cawangan Puspakom seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927," kata kenyataan itu.

Pemeriksaan kenderaan secara percuma itu merupakan komitmen dan tanggungjawab sosial Puspakom dalam usahanya memastikan kenderaan berada pada tahap selamat untuk dipandu semasa musim perayaan.

Rancang perjalanan anda ....ingat orang tersayang....

sumber
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment