Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah  itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun  Abdullah Ahmad  Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya  umum ke-12.
Ketika  itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta  kakitangan awam  sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara  hidup sebanyak 100  peratus.
“Najib  sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk  dibayar akhir  tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet  2012. Ia bajet  menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber  kepada The Malaysian Insider.
Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan  lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan  bayaran  minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju  memberi  bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana  Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan  bayaran khas  ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara  kerajaan dan  membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia  melibatkan  kerajaan kos RM2 bilion.
Kakitangan  awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan  Nasional (BN)  tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada  Mac 2008  meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di  Parlimen.
Najib  berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan   beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang   termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis   lalu.
“Perdana  Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet  akan  mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,”  kata  satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.
Sumber  http://cuepacs.blogspot.com 
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:
Post a Comment