Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Jul 2013

Buffet Ramadhan murah 2013 membazir?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

KETIBAAN Ramadan disambut meriah saban tahun, tidak kurang juga kemunculan pelbagai tawaran dan pakej untuk merancakkan lagi kedatangan bulan mulia ini.

Namun, tinjauan Sinar Harian mendapati reaksi orang ramai kurang berpuas hati dengan bufet Ramadan yang disajikan di kebanyakan restoran dan hotel kerana disifatkan mahal serta mengundang pembaziran.

Seorang penjawat awam, Nurdin Farhan, 29, berkata, bagi sesetengah orang berbuka puasa di hotel dan restoran mewah kebelakangan ini sudah  menjadi budaya di bulan Ramadan yang kononnya adalah satu gaya hidup berprestij dan satu kemegahan.

“Harga yang perlu dibayar untuk berbuka di tempat seperti ini memang mahal. Kalau tengok iklan bufet Ramadan harga paling murah ialah RM40 seorang, malah sesetengah hotel mengenakan RM120 seorang.

“Jangan terlalu gembira dan mudah terpengaruh untuk berbuka puasa di hotel atau di restoran besar. Sebagai orang Islam yang prihatin, kita  perlu bertanya kepada penganjur atau orang yang mengundang adakah hotel berkenan mempunyai sijil halal yang disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)?,” katanya.
Dalam pada itu, Norkhairunnisa Din, 27, berkata, walau ada beratus juadah, saiz perut kita tetap sama. Biasanya setelah minum segelas air dan makan dua tiga keping kuih, tidak banyak lagi yang boleh kita makan. Paling-paling pun hanya sepinggan nasi, sepotong kambing panggang, seekor dua udang goreng.

“Kalau dinilai makanan yang kita ambil lebih-lebih pun RM20 seorang. Kalau dibeli di gerai biasa mungkin tidak sampai RM10. Tidakkah satu pembaziran membayar RM100 hanya untuk sepinggan nasi dan sepotong daging? Tidakkah membazir itu sahabat iblis?,” katanya.

Seorang pekerja swasta Fauzi Ahmad, 25, berkata, biasanya pelawaan bufet Ramadan datangnya daripada rakan tempat bekerja untuk berbuka bersama.

“Bagaimanapun, ia lebih kepada pembaziran berbanding kebaikan.

“Tawaran pakej yang tinggi seolah-olah mendidik kita menjadi pelahap sedangkan selepas azan berkumandang makan sebiji kurma, sepinggan nasi berlauk dan segelas air sudah cukup mengenyangkan dan harganya biasanya tidak sampai RM5,” katanya.

Sementara itu, seorang usahawan, Zulfadli Faiz, 28 pula berkata, tawaran pakej Bufet Ramadan hanya menguntungkan pihak hotel dan restoran sahaja dan merugikan pelanggan.

“Kebanyakan pelanggan hanya memenuhkan pinggan supaya berbaloi dengan harga yang dibayar bagaimanapun  tidak termakan makanan yang di ambil dan terbiar begitu sahaja.

“Itu sebab pihak hotel atau restoran sanggup buat bufet Ramadan ini kerana tahu mereka tidak akan rugi,” katanya.

Seorang anggota keselamatan, Azlan Mohd Noor, 27, pula berkata, tiada manusia pun yang mampu untuk menghabiskan semua makanan yang dihidangkan dalam tempoh dua jam dan ini menjadi punca utama pembaziran.

Sementara itu Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma’amor Osman mencadangkan agar pengusaha restoran dan hotel lebih menyantuni golongan anak yatim, orang tua dan kanak-kanak kurang bernasib baik bukan hanya sekadar mengaut untung semata-mata.
“Tidak dapat dinafikan harga pakej yang ditawarkan Bufet Ramadan sangat tinggi, itu ialah sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan dan memanfaatkan peluang sedia ada. Pengguna harus bijak memilih tawaran,” katanya.

Ma’amor berkata, sepanjang Bufet Ramadan banyak menu enak dihidangkan oleh yang demikian, pengusaha sewajarnya menyajikan nilai tambah kepada setiap pelanggan yang mengunjungi premis mereka dengan mempamerkan jumlah kalori pada setiap makanan agar pemilihan makanan dapat dilakukan bagi mengelak penyakit.

“Selain itu, diharapkan pengusaha supaya menyediakan panduan amalan pemakanan yang sihat dan betul kepada pelanggan,” katanya.

Dari sisi positif pula, Malaysia sebagai destinasi kunjungan pelancong perlu memberi gambaran sebenar rakyat Malaysia sama ada Islam atau bukan Islam meraikan Ramadan dengan penuh kemeriahan.

“Ini akan membawa budaya positif kepada pelancong luar di samping berpeluang menikmati makanan popular Malaysia yang sukar didapati melainkan pada bulan puasa dan musim perayaan. “Dalam pada itu, bagi syarikat-syarikat besar inilah kesempatan mereka untuk berkongsi rezeki dengan meraikan pekerja, pelanggan dan juga  anak yatim,” katanya.

Sementara itu, pengguna seharusnya bertanggungjawab atas perbelanjaan sendiri dan tidak boleh mengharapkan pihak lain dengan mendakwa pengusaha restoran dan hotel cekik darah sedangkan pilihan itu ada di tangan mereka.

“Hotel hanya menjalankan pakej berdasarkan tingkah laku konsumer bagaimanapun, perlu menitik beratkan penghayatan Ramadan dengan menghormati bulan mulia ini dengan memastikan taraf halal yang disahkan daripada Jakim, pakaian pengendali makanan tidak terlalu terdedah dan muzik yang bersesuaian dengan majlis.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

Teacher Basariah said...

Baik masak kat rumah..jimat..sihat..selamat..sekian

fuzamusa said...

Saya lagi gemar berbuka masak di rumah.. coz anak3 ramai macam tak berbaloi... depa bkn makan sangat..

JunAina said...

Sekali sebulan tu sebagai ganjaran utk anak2 mungkin tak keterlaluanlah kot tapi kalau saya masih memilih gerai2 biasa je kot. Makan2 beratus2 ringgit macam tak berbaloi ja.

trah zain said...

kitorang beli lauk kat kolej ja,,,,
murah kt bazar tapi kalau dah beli macam2, mmg xde la yg murah tu..

Post a Comment