Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Jul 2013

Murid pekak kena penampar cikgu !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Di Ipoh, seorang pelajar tingkatan dua disahkan pekak telinga kirinya akibat ditampar seorang guru wanita selepas mangsa didakwa tidak khusyuk dan mengganggu rakan lain ketika solat berjemaah di surau sekolahnya.

Kejadian pada Selasa lalu itu menyebabkan mangsa, Nur Alif Suliman, 14, mengalami pendarahan selain gegendang telinganya disahkan berlubang oleh doktor pakar yang merawatnya.

Mangsa yang ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Tambun, di sini, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama rakan lain menunaikan solat Asar di surau sekolah.

“Ketika itu saya bersolat di saf belakang. Pada masa sama terdapat beberapa pelajar lain membuat bising dan bermain-main ketika bersembahyang di saf hadapan.

“Tiba-tiba muncul seorang guru wanita dari arah belakang mencubit tubuh saya. Saya memaling muka ke belakang dan guru itu terus menampar telinga kiri saya dengan kuat,” katanya.-Metro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

5 comments:

Mizz Aiza said...

zalimnya cikgu tu.. tak pasal-pasal dah jadi ke polis pula.. nak memukul pun bukan sesuka hati di bahagian muka..

Farah Waheda Wahid said...

pertama boleh report polis, kedua boleh saman... kalau nak mengajar pun janganlah sampai pekak anak murid tu... hu hu hu...

Teacher Basariah said...

hal2 macam ni tak boleh dengar sebelah pihak saja..

p/s: bukan nak membela cikgu tapi benda ni kadang2 ibu bapa,pelajar dan media suka tambah tokok berita..huhu

zukalpli jelani said...

tampar balik telinga cikgu tu, biar pekak dua2 belah

Ieta Mat Saad said...

Dgr berita ni mmg nak kata guru tu kurang ajar. Tp, kisah sbnrnya, better siasat dulu. Terkadang, murid terlalu melampau hingga teruji kesabaran dan kewibawaan guru. Sewajarnya, guru mmg perlu lebih ba....nyak2 bersabar. Sy guru,hanya guru yg tahu susahnya jadi guru. Perlu ketahanan mental yg maha dahsyat

Post a Comment