Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Jul 2012

( TERKINI ) AMUK DI JPM : PENGAKUAN SUAMI MUHDALINA TENTANG KISAH DI SEBALIK KEJADIAN AMUK PART 2


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Kelmarin aku ada post satu entri ( TERKINI ) AMUK DI JPM : PENGAKUAN SUAMI MUHDALINA TENTANG KISAH DI SEBALIK KEJADIAN AMUK , jadi hari ni aku nak post entri sambungan kisah temubual wartawan Sinar dengan suami Muhdalina tu  part 2 .. MEMANG SAH INI AJARAN SESAT.....!!




Muhdalina seperti dipukau


Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina?

Saya lihat isteri saya bukan seperti insan yang saya kenali. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Diaseperti dipukau. Dia taksub dengan apa yang dilakukan Khalil Afandi. Apabila sampai ke tahap itu, saya sudah mula syak bahawa dia membawa ajaran songsang dan berfikir untuk membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tetapi  tidak sempat.

Apa yang membuatkan saya pasti Khalil Afandi membawa ajaran sesat apabila dia berkata manusia tidak perlu solat, syurga neraka tidak ada, jangan ikut Nabi Muhammad SAW dan bertegas hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk syurga.

Pada ketika itu, saya cuma boleh memikirkan keadaan isteri saya, saya amat risau keadaannya kerana isteri saya amat taksub kepada Khalil Afandi sehingga boleh disifatkan tidak normal.

Apa yang Mohd Irwan lakukan untuk menghalang tindakan isteri sebelum pergi lebih jauh?

Saya pernah mengajaknya untuk pulang dan menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi tidak berjaya.
Muhdalina sekali lagi meminta saya supaya tidak menghalangnya untuk berjuang dan dia memaklumkan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tegah tetapi dia sekali lagi menuntut cerai. Saya pasrah demi keselamatan isteri.

Saya tegaskan di sini, saya tidak mampu untuk membiarkan isteri tinggal bersendirian dengan Khalil Afandi kerana risau akan keselamatannya. Memandangkan keadaan Khalil Afandi yang dilihat seperti orang tidak normal.

Khalil Afandi juga sering berkata kepada isterinya, “Aku akan bunuh kamu” sekiranya permintaannya tidak dituruti.

Langkah ke Putrajaya


Boleh ceritakan bagaimana peristiwa amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlaku?

Saya mengaku, saya dan isteri Khalil Afandi yang menghantar mereka berdua ke Putrajaya.

Ketika di rumah, saya tersedar daripada tidur selepas mendengar jeritan Khalil Afandi kepada isterinya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Tanpa berlengah, saya terus bangun dan hanya sempat mencuci muka untuk bersama-sama mereka bertiga.

Saya lihat Khalil Afandi membawa dua bilah pedang yang dibalut kemas. Saya dan Muhdalina bersama seorang anak lelaki Khalil Afandi, berusia 9 tahun, duduk di belakang.

Khalil Afandi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala isterinya memandu kereta jenis Proton Gen 2 berwarna emas.

Khalil Afandi memegang erat dua bilah pedang tersebut. Setibanya di Putrajaya, Khalil Afandi mengarahkan kenderaan berhenti di Dataran Putra, kira-kira jam 1 petang.

Khalil Afandi bersama Muhdalina turun dan kami diarahkan pulang, jika tidak kami akan dibunuh.

Selepas itu saya tidak mengetahui sebarang berita mengenai mereka berdua sehinggalah Muhdalina menghubungi isteri Khalil Afandi dan memberitahu suaminya ditembak  polis.

Ketika itu saya tidak mengetahui Muhdalina turut terkena tembakan dalam kejadian tersebut.

Kira-kira jam 4 petang, saya bergegas ke Hospital Putrajaya selepas mengetahui Muhdalina turut tercedera terkena tembakan di paha kanan.

Bagaimanapun, saya tidak dapat bertemu dengannya kerana kawalan ketat polis dan saya diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Putrajaya, AsistenKomisioner Abdul Razak Abdul Majid. Selepas itu, baru saya dibenarkan melawat Muhdalina yang masih mendapatkan rawatan di unit kecemasan. Muhdalina ketika itu sedar tetapi kelihatan seolah-olah masih belum berada di dunia nyata.

Di sebelah Muhdalina pula terdapat jenazah Khalil Afandi.

Muhdalina seperti tidak tahu terlibat dalam kejadian amuk


Bagaimana dengan keadaan Muhdalina ketika di Hospital Putrajaya?

Ketika dia sedar, dia memohon maaf kepada saya tetapi masih tidak mengetahui apa yang berlaku.

Apabila saya ceritakan kepadanya, dia seolah-olah terkejut dan tidak mengetahui bahawa dia terlibat dalam kejadian amuk tersebut. Saya tunjukkan laporan dan gambar pada sebuah akhbar sebagai bukti. Dia terdiam malah terus memejamkan mata.

“Abang, saya tidak tahu. Itu bukan saya...saya tidak buat semua itu.” Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut Muhdalina selepas dia melihat laporan akhbar tersebut.

Kesihatan Muhdalina ketika ini stabil. Doktor memaklumkan peluru yang tertanam di pahanya tidak boleh dikeluarkan kerana mungkin boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.

Bagaimana perasaan Mohd Irwan bila mengetahui isteri terlibat dalam kejadian tersebut?

Suami mana yang tidak terkejut dengan kejadian ini? Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Apa yang boleh saya katakan di sini, Muhdalina tidak sedar terhadap apa yang dilakukannya. Semuanya kerana kehendak Khalil Afandi.

Saya sedih melihat keadaan dirinya sewaktu ini. Saya beranggapan dia tidak salah sepenuhnya.

Ketika kejadian, dia tidak sedar. Malah, selepas kembali normal, dia sedikit pun tidak mempercayai perbuatannya itu.

Saya meminta orang ramai tidak terus menyalahkan Muhdalina, termasuk diri saya juga kerana membiarkan perkara ini berlaku.

Jika anda berada di tempat saya...anda akan tahu apa yang saya alami. Saya tidak mampu untuk bertindak kerana khuatir dengan keselamatan diri dan isteri.

Saya minta Muhdalina tidak dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dalam kejadian ini
memandangkan Khalil Afandi meninggal dunia akibat tembakan tersebut.

Saya juga bekerjasama dengan polis dan memberikan semua maklumat yang mereka inginkan. Saya juga mengharapkan Muhdalina dapat dijamin.

Sumber dr www.sinarharian.com.my

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment