Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 Jul 2012

BUAYA SARAWAK BAHAM MANUSIA LAGI KALI NI DI BATANG SARIBAS


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Ada satu lagi kisah buaya baham manusia di Sarawak kali ni berlaku di Sungai Meruang , Batang Saribas pula . Nampaknya buaya Sarawak kembali mengganas ni  bahaya ni . Nampaknya buaya sedang menjadikan manusia sebagai target ni . Hati2 le wahai penduduk Sarawak.Mangsa kali ni  cuma nak cuci tangan je dah kena sambar dek  buaya.


Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam.

Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi.


Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Mohammad Nor Bujang, 51, sedang mengikat dan membuat rakit batang rumbia untuk dibawa ke kilang.


Menurutnya, mangsa kemudian mengajak Mohammad Nor makan terlebih dahulu sebelum menyambung kerja mereka dan dia pergi ke bahagian rakit batang rumbia untuk mencuci tangan sementara rakannya itu berada di daratan.


"Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya telah melibas Drahman sebelum menarik mangsa ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya.


"Mohammad Nor yang terkejut dengan kejadian itu telah cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke sungai itu namun buaya berkenaan semakin jauh ke tengah sungai," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber dr kosmo.com.my
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

Mr. J said...

Panjang Kisahnya.. dulu pribumi Sarawak ada membuat dgn perjanjian dgn keturunan Jelmaan Buaya iaitu "Bujang Senang" .... nak tau baca lah malas nak citer ..

http://www.pengerindu.com/2012/06/perjanjian-buaya-bujang-senang-dengan.html

http://www.pengerindu.com/2012/07/demdam-keturunan-bujang-senang-menganas.html

Arau Blogger said...

Ye ke sy skrg baru tau kenapa buaya sarawak ni asyik baham manusia je TQ

uncle said...

persatuan buaya-buaya sudah make revenge !!

Post a Comment