Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

9 Jul 2012

BANTUAN TAYAR 1 M'SIA SEBABKAN HARGA TAYAR NAIK


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Hurrrm ...sejak BT1M  Bantuan Tayar 1M'sia dilancarkan , tiba2 harga tayar naik , apasal ni ! Harga getah naik ke , atau saje peniaga naikkan harga , tak leh le mcm tu , untung banyak tu juga , apsal nak untung lebih. 




KUALA LUMPUR: Pemandu teksi yang berdepan pelbagai masalah termasuk peniaga menaikkan harga ketika mahu menukar tayar melalui baucar Bantuan Tayar 1Malaysia (BT1M) diminta mengemukakan aduan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad berkata, peniaga tidak dibenarkan menaikkan harga sesuka hati termasuk mengenakan syarat tidak munasabah kepada pemandu.




“Tindakan tegas diambil ke atas pihak yang didapati melanggar peraturan,” katanya mengulas dakwaan beberapa pemandu teksi harga tayar dinaikkan ketika mahu menukar tayar teksi.


Pemandu teksi, Mohd Ali Hanafiah, 33 berkata, kenaikan harga berlaku sebaik saja kerajaan mengumumkan subsidi ke atas tayar dengan kemudahan baucar Bantuan Tayar 1Malaysia (BT1M).




“Baucar bernilai RM520 itu seperti tidak berbaloi apabila pengusaha menaikkan harga. Sebelum ini, satu tayar berukuran 13 inci dijual RM115, tetapi sejak BT1M diperkenalkan, harga terbabit dinaikkan RM145 di kebanyakan kedai di Lembah Klang.




“Dengan penggunaan baucar berkenaan, kami perlu menambah RM60 bagi setiap satu tayar. Kini, kami terpaksa mengeluarkan RM105 untuk satu tayar yang menyebabkan jumlah penukaran bagi empat tayar RM420 berbanding RM240,” katanya ketika membuat aduan kepada Harian Metro.


Mohd Ali mendakwa tayar berukuran 15 inci dan 16 inci turut mengalami kenaikan harga iaitu daripada RM215 bagi tayar berukuran 15 inci kepada RM245 dan RM270 bagi tayar 16 inci kepada RM330, malah harga bagi setiap kedai juga berlainan.




Seorang lagi pemandu teksi dikenali sebagai Ahmad, 34, berkata, bukan saja harga dinaikkan, malah pengusaha kedai tayar turut tidak membenarkan pemandu teksi menukar dua tayar, tetapi mereka dipaksa menukar empat tayar menggunakan kedua-dua baucar berkenaan.


Apa lagi buat lah aduan kat PM terus ...bantuan tayar ti nak bagi kemudahan kat pemandu teksi , bukan nak bebankan pemandu teksi , yag seronok tu , kalau bawa baucar tayar BT1M harga lain ,  tapi kalau pelanggan biasa je , haga lain . Sampai bila nak jadi mcm ni ....dekat pilihanraya tu ada bantuan tayar tu bukan apa ...senang nak angkut penumpang pergi mengundi !!


Sumber dr hmetro.com.my

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Anonymous said...

inilah kerajaan tade otak namanya. tahu nak dapat undi je. terdesak sgt la tu sampai drebar teksi pun nak 'rasuah'. yg susahnya kita la. bayangkan tayar goodyear dulu harga dalam RM150 je skang dah RM200 adesss

CT said...

KENAPA TAYAR NAIK HARGA.SEPATUTNYA KEDAI YG DIBERI KONTRAK JANGAN NAIKAN HARGA TAYAR .TUAN KEDAI NAK UNTUNG AJE. TAK PATUT..

Post a Comment