Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Jul 2012

LAGI KES SAMUN GUNA PEDANG SAMURAI


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Kejadian ni berlaku di Kuantan , lagi kes samun guna pedang samurai, popular sungguh pedang samurai sejak akhir2 ni, mula2 sekali kes amuk di Putrajaya, lepas tu drebar lori tetak orang kat Cheras, lepas tu kes ni pulak , kes rompak cyber cafe guna pedang samurai juga, popular sungguh. 


Dua sahabat hanya terbayang maut apabila leher masing-masing diacu tiga pedang samurai selepas kafe siber tempat mereka bekerja dimasuki tiga penyamun di Bukit Setongkol, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian 12 tengah malam, mangsa berusia 20 tahun bersama rakannya terpaksa menyerahkan wang tunai RM2,000 hasil perniagaan hari berkenaan kepada tiga penyamun terbabit.


Mangsa sebelum itu mengalu-alukan kedatangan tiga penyamun terbabit kerana menyangka mereka pelanggan tetapi sebaik berada di premis, mereka mengeluarkan pedang dan mengacukannya ke leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mangsa bersama rakannya yang ketakutan terpaksa menyerahkan wang tunai di dalam mesin juruwang kepada penyamun.


Menurutnya, sebaik mengambil wang tunai itu, dua daripada penyamun melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Viva berwarna hitam, manakala seorang lagi menunggang motosikal.

Aku rasa tukang yang jual pedang tu tak yah lah jual pedang kat sebarang orang , lepas ni sapa nak simpan pedang kena ada lesen kalau tidak kena tangkap polis , ok tak macam tu !!


Sumber dari harian metro

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment