Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 Jul 2012

KES RAGUT TERBARU DI MELAKA , MANGSA CEDERA PARAH DI KEPALA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Kes ragut terbaru berlaku di Melaka, seorang kerani wanita diragut ketika menunggang motor, walaupun beg tangan ada dalam raga depan , tapi peragut tu dapat juga beg tu . Sebelum tu mangsa berlaku tarik-menarik dgn mengsa, menyebabkan mangsa jatuh motor , dan cedera parah di kepala.  Mangsa akhirnya meninggal dunia kerana cedera parah di kepala. 


Ingatlah wahai penunggang motor , barang berharga tu jgn bawa le , kalau boleh bawa simple je , masuk dlm poket , atau pun pakai jaket, so brg berharga masuk dlm jaket. Hati2 menunggang motor , ikuti kisah di bawah ...

MELAKA - Seorang kerani wanita yang diragut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja semalam, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala hari ini.

Mangsa, Tang Mui Choo, 35, disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Melaka pada 7 pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt R. Gunarajan berkata ketika kejadian kira-kira 8.15 pagi semalam, mangsa yang menaiki motosikal sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kampung Lapan dari rumahnya di Taman Pokok Mangga di sini.

Beliau berkata ketika melalui Jalan Benteng, Balai Panjang mangsa didatangi dua lelaki berpakaian serba hitam yang menaiki sebuah motosikal sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletak dalam raga motosikal berkenaan.

"Ekoran itu, berlaku sedikit pergelutan apabila mangsa cuba merampas semula beg tangannya mengakibatkan mangsa terjatuh daripada motosikal," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, abang mangsa, Tang Ah Jit, 41, yang sedih dengan kejadian itu meminta pihak polis menangkap suspek dengan segera.- Bernama

Sumber dari sinarharian
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment