Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 Jul 2012

BIHUN GORENG DAN TEH TARIK PUNYA ' PENANGAN ' , 30 PELAJAR SAKIT PERUT


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Ada lagi kes keracunan makanan , terbaru di Sg Siput , Perak , 30 pelajar cirit birit akibat makan bihun  dan teh tarik sbg sarapan pagi . Takut juga nak kasi anak makan kar sekolah ni , bukan ape kadang2 tukang masak kat kantin tu masak cincai je , tak amalkan kebersihan langsung, asyik nak cepat je,.


Tahun depan anak aku , Jannah (Kak long ) nak masuk pra sekolah ( 6 tahun ) , confius juga nak hantar ke sekolah ke atau stay kat tempat lama, Tadika Prasis Bistari tu , kat tadika tu mmg bayar mahal sikit le berbanding kat sekolah free je , tapi kat tadika tu makanan tu berkualiti , tapi kat sekolah paham2 je le . Nanti kasi bawa bekal banyak2 , boikot kantin . 


Ape pun layan dulu crite kat bawah ni .....





SUNGAI SIPUT: Hasrat 30 pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, meneruskan kem motivasi di sekolah terbantut selepas mengadu muntah, loya, sakit perut dan cirit birit gara-gara ‘penangan’ bihun goreng dan teh tarik yang diambil sebagai sarapan.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, pelajar tingkatan tiga, lima dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Muda Abdul Aziz itu menjamu makanan berkenaan sebelum bergegas ke tandas selepas mengadu sakit perut yang teruk.

Difahamkan, makanan dan minuman itu disediakan katering yang ditempah di luar sekolah sebagai sarapan pagi untuk pelajar sempena program motivasi dianjurkan di dewan sekolah.
Sementara itu, lebih 100 pelajar lain yang kebanyakannya bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak mengalami keracunan kerana tidak menjamah sarapan pagi.

Berikutan kejadian itu, pelajar yang keracunan diasingkan oleh pihak pentadbiran sekolah sebelum ditempatkan di pusat sumber sekolah untuk rawatan awal.

Seorang pelajar tingkatan lima yang enggan dikenali berkata, dia mula berasa sakit perut jam 10 pagi sebelum ke tandas ketika program berlangsung.

Sumber dr hmetro.com.my
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment