Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

12 Jul 2012

TEMPAYAN EMAS DIJUMPAI DI ISRAEL , KALAU DAPAT KAYA TU !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !



Satu tempayan emas dijumpai di Israel dan dipercayai berusia beratus tahun , dianggar disembunyikan pada tahun 1265 masihi . Kejadian berlaku semasa orang Islam berperang dengan orang Kristian , Perang Salib namanya, dan tempayan itu sengaja dipecahkan supaya org tak tau bahawa dalamya ada emas. Kalau lah dapat kat kita , kaya le kan ! 


TEL AVIV: Satu tempayan syiling emas daripada era Perang Salib yang bernilai hingga AS$500,000 (RM1.58 juta) ditemui tertanam dekat sebuah kubu purba tentera Rom di Israel.


Syiling emas itu ditanam tentera Kristian atas arahan kumpulan panji-panji satria ketika tentera Kristian berdepan serangan berterusan daripada angkatan tentera Islam yang besar.


Kumpulan panji-panji satria itu ditewaskan pada April 1265.
Syiling emas itu yang mempunyai nilai tinggi walaupun pada tahun 1265 dan disangka ditanam - sebenarnya disembunyikan dalam sebuah tempayan pecah bagi mengelakkan ia ditemui.


Kubu berkenaan juga dimusnahkan pada April 1265 oleh tentera Mamluk yang menewaskan tentera Salib dan harta itu hanya terselamat berikutan buah fikiran seorang daripada tentera Kristian.


“Ia ada dalam tempayan kecil yang sebahagiannya pecah,” kata Oren Tal daripada Universiti Tel Aviv kepada Fox News.


“Muslihatnya adalah untuk menanam sesuatu yang pecah dalam tanah dan menimbusnya bagi menyembunyikan syiling emas di dalamnya. “Sekiranya, seseorang menemui tempayan itu, dia tidak akan menggalinya dan tidak akan melihat isi di dalamnya serta menemui syiling emas itu. Apabila kita mula mengalihnya, syiling emas itu akan keluar,” katanya.


Kubu tentera Rom di Taman Negara Apollonia itu telah membongkar sebahagian besar harta karun arkeologi, tetapi saintis yang membuat penggalian lapisan tanah pada kurun ke-13 itu, terkejut dengan penemuan satu tempayan syiling emas. Tempayan tanah liat itu mengandungi lebih 100 keping syiling emas dari zaman tentera Salib menakluk kubu berkenaan yang pada asalnya dibina oleh tentera Rom.


Syiling emas yang ditemui dalam kubu itu merujuk kembali pada zaman empayar Fatimiyah di Afrika Utara dan berusia 200 hingga 300 tahun lebih awal berbanding kubu yang musnah itu. Syiling emas itu dikeluarkan di Tripoli dan Iskandariah dan sangat berharga.


“Syiling era Fatimiyah sangat sukar dikaji.


“Hurufnya kadangkala amat sukar untuk ditafsir,” kata Tal.


Syiling itu boleh dijual hingga AS$5,000 (RM15,887) sekeping, menurut akhbar Israel, Haaretz. - DM


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment