Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

14 Jul 2012

TERKINI KES RAGUT DI KL , PERAGUT KEMPUNAN SEBAB KENA HEMPAP MOTOR SENDIRI


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Ha ha ini baru padan muka peragut tu , ini satu lagi kes ragut tapi aku tak penah dengan kes macam ni . Nak tau kenapa , peragut tu dihempap oleh motor mereka sendiri menyebabkan mereka tak boleh lari dan org ramai tangkap dan serahkan mereka pada polis , kesian dah le mereka tu baru pertama kali menjawat jawatan PERAGUT !! 






Seorang lelaki bertindak nekad mengejar dua peragut yang terjatuh daripada motosikal ketika cuba meragut beg isterinya dalam kejadian di Jalan Klang Lama berhampiran Taman Petaling Utama, di sini, semalam.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 30-an, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang menunggang motosikal apabila dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dari arah belakang dalam kejadian jam 10 pagi.

Katanya, seorang lelaki terbabit tiba-tiba bertindak meragut beg tangan diletakkan atas riba pembonceng wanita menyebabkan mangsa cuba mempertahankan beg tangannya dan berlaku tarik-menarik dengan lelaki itu.

“Ini menyebabkan motosikal ditunggang peragut terbabit hilang kawalan lalu terjatuh sebelum pasangan suami isteri itu memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengejar mereka. “Namun, kedua-dua peragut itu tidak dapat melarikan diri kerana kaki mereka dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda (MPV) yang tiba sejurus kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan dua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Semakan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 20-an itu tiada rekod kesalahan lampau. Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan jenayah ragut dan samun di kawasan berkenaan,” katanya.

Ha ha best kan !! Baru padan muka peragut tu , baru pertama kali nak meragut , dah kena hempap motor sendiri , kesian !! Kepada wanita yg selalu bawa handbag tu berhati2 sebab peragut ada di mana2. Sebagai langkah keselamatan , saya cadangkan bawa je handbag yg tak ada barang berharga kalau nak jalan KL, IC , duit , kad kredit letak je dlm poket , dan selalulah  pakai  seluar kalau jalan KL, sbb senang nak letak barang berharga dlm poket dan susah nak kena ROGOL , jadi dalam handbag tu cuma ada benda tak berharga seperti tisu, kosmetik , make -up dsp , ok tak mcm tu !!

Sumber dari hmetro.com.my

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment