Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

12 Jul 2012

KESIAN MEREKA NI TERPAKSA TIDUR DALAM KERETA GARA-GARA TAKUT RUMAH DIMASUKI PENCURI


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Kesian mereka ni terpaksa tidur dalam kereta sbb takut tidur dalam rumah kerana rumah flat mereka dimasuki penyamun 2 kali dalam seminggu. 


Selalunya penyamun @ perompak ni beroperasi pd awal pagi , pukul 3 -4 pagi mcm tulah. Kalau setkat curi barang tak pe , tapi kalau dah mula mencederakan orang aku pun x berani nak duduk dalam rumah tu . Baru pindah rumah baru dah kena masuk pencuri . Hurrmmm seram gak ni .


Walaupun rumah tu rumah sewa , sblum masuk duduk tu elok pasang grill dulu , br selamat , tapi sebetulnya, walaupun mereka pasang grill masih tak selamat , tau kenapa? Mereka boleh masuk memalui bumbung. SEBAIK-BAIKNYE PASANG GRILL SEKALI KAT ATAS SYILING TU BR MEREKA TAK LEH MASUK , OK TAK ? 



KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri terpaksa tidur di dalam kereta pada waktu malam ekoran trauma selepas rumah mereka di Flat 700, Pandan Perdana, Cheras di sini dipecah masuk sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.


Rumah di tingkat empat itu baru disewa pada awal bulan ini dan kejadian pertama berlaku hanya tiga hari selepas mereka mendiaminya.


Mangsa, Hasrin Abdullah, 37, (gambar ATAS) berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi pada 4 Julai lalu dan menyebabkan anak perempuannya cedera di leher akibat dikelar oleh perompak yang turut melarikan satu set komputer dan beg tangan.


“Kami hanya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan anak saya yang ketika itu berada di dalam bilik tidurnya.


“Saya dan isteri terkejut apabila melihat anak saya yang berumur 17 tahun berlumuran darah kerana dikelar menggunakan pisau yang diambil suspek dari dapur rumah kami,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Petikan dari Kosmo! Online - Negara
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Anonymous said...

dapat pencuri tu..hukum gantung jer...sepatutnya pihak kerajaan membuat undang2 baru..sebab kebanyak kan kes curi,rompak,ragut dab sebagainya dah banyak amik nyawa...gantung adalah jalan terbaik menghukum penjenayah....

Post a Comment