Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Jul 2012

PARTI LOLLIPOP JADI TEMPAT REMAJA BERSOSIAL


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Apa nak jadi remaja sekarang ni , ada satu forum dalam internet menggunakan facebook dan twitter untuk bergabung menyertai beberapa siri pesta liar . Zaman sekarang ni budak kecik pun ada akaun Facebook . Ikuti kisah ni ..


Sekumpulan remaja, majoritinya masih di bawah umur, dikesan membentuk satu forum sosial lebih 3,500 ahli di facebook dan twitter semata-mata untuk bergabung menyertai beberapa siri pesta liar.

Kumpulan lelaki, perempuan, pondan dan lelaki lembut itu menggunakan laman sosial terbabit untuk berinteraksi bagi menetapkan tarikh dan lokasi pertemuan mereka.

Yang menakutkan, pertemuan dirancang rangkaian sosial itu bukan keraian biasa, sebaliknya pesta liar dinamakan ‘parti lolipop’ yang diadakan di beberapa pusat hiburan.

Difahamkan, ada pusat hiburan menganjurkan parti dengan nama lolipop sama seperti sambutan ‘ladies night’, dan lolipop didakwa merujuk kepada ahlinya yang sebahagian besar remaja bawah umur.

Lebih menyedihkan, parti berbaur maksiat dari satu lokasi ke satu lokasi itu turut menghidangkan arak selain pil khayal yang dikhuatiri boleh membawa kepada hubungan seks haram.

Facebook dan Twitter memang merupakan saluran sosial terbaik tapi disalahgunakan utk aktiviti tak bermoral , jadi terpulang kepada diri sendiri untuk menggunakan kemudahan ni , tepuk dada tanya selera .

Sumber dari Harian Metro

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment