Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

9 Jul 2012

PUNCA SEBENAR PASANGAN MENGAMUK DI JPM


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Ni kisah ni aku petik dr Hmetro ni ......menarik juga .......macam2  jenis manusia ni kalau nak popular bukan macam ni caranya ......teruskan membaca....


PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi bersama pasangannya, seorang wanita mengamuk sambil masing-masing melibas pedang samurai ke arah orang ramai dan penjawat awam selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.






Dalam kejadian pada jam kira-kira 2.30 petang itu, seorang daripada suspek terbabit turut meletakkan pedang samurai pada leher seorang daripada anggota polis bantuan serta melibas dan merosakkan cermin kereta di perkarangan bangunan berkenaan. 






Keadaan yang tidak terkawal dan berbahaya itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah dua suspek terbabit, dengan dua das daripadanya terkena pada tangan kanan dan bahagian bawah perut suspek lelaki, manakala satu tembakan lagi terkena paha kanan wanita itu. 


Berikutan itu, kedua suspek terbabit dibawa ke Hospital Putrajaya, sebelum suspek lelaki disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Apa punca sebenar mereka mengamuk ? Alasan mereka nak menggulingkan kerajaan , tengok2 dia yang terguling, bukan mcm tu nak menggulingkan kerajaan , negara kita ni adalah negara demokrasi, jadi gunakan saluran yg betul, jangan nak mengaku imam tu, imam ni, Imam Mahdi ? 


Dengan pedang samurai dia nak tawan Putrajaya ,dia tak tau polis ade sniper boleh tembak jarak jauh nu !! Dia mengaku Imam Mahdi tu dosa tak ?




Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment