Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

7 Oct 2012

Seorang Rakan Meninggal , masuk Metro hari ni


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Seorang rakan , bekas rakan sekerja wife aku , meninggal jom sedekah Al-Fatihah untuk dia ,   (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ )  , 

ARAU: Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kangar maut selepas kereta dipandunya merempuh sebatang pokok di Jalan Tambun Tulang menghala ke Simpang Empat berdekatan Kampung Belat Batu, di sini, petang kelmarin.Dalam kejadian jam 6.30 petang, Mohamad Muzamil Mansor, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kaki dan pinggang selepas tersepit di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Myvi.Difahamkan, mangsa yang memandu dari arah Arau menghala ke Tambun Tulang cuba mengelak sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan selepas selekoh tajam di situ sebelum terbabas dan melanggar pokok.Mangsa yang berasal dari Kampung Santan, di sini, dikatakan mengambil cuti sakit dan tidak bekerja pada hari kejadian, namun tidak sempat memaklumkan keluarganya lokasi tujuannya ketika kejadian.Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, mangsa yang memandu berseorangan cuba mengelak kereta yang diletakkan di bahu jalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.“Mangsa gagal mengawal kenderaan dipandunya sebelum terbabas dan merempuh pokok di bahu jalan bertentangan, menyebabkan bahagian depan keretanya remuk. “Menurut saksi, mangsa yang ketika itu masih bernyawa tersepit lebih 15 minit di ruang pemandu sebelum cuba dibantu orang ramai,” katanya. Menurutnya, sejurus kejadian, pemandu kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu kiri jalan berkenaan melarikan diri dan gagal dikesan polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas itu.“Ketika itu mangsa masih bernyawa namun menghembuskan nafas terakhir sejurus pihak bomba mengeluarkannya dari kereta. Mayatnya dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat,” katanya.Katanya, polis juga memohon orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian, termasuk pemilik kereta Kancil yang juga saksi utama kejadian, supaya menghubungi polis melalui talian Rakan Cop di nombor telefon 04-9711999.

Doakan dia tergolong dalam orang yang soleh ...AMIN.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

Unknown said...

takziah buat keluraga arwah..
Alfatihah....
buat yg msih idup, berhati2 di jalan raya..:)

aliza said...

yupp berhati2 di jln raya.. takziah buat keluarga mangsa.

Unknown said...

Takziah buat keluarga mangsa...

zack mus said...

takziah , dah sampai masa , Allah tentukan ...

Post a Comment