Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

23 Oct 2012

Tunai Haji dengan berjalan kaki bagi seorang lelaki Islam Bosnia


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !



Menurut akbar Kosmo hari ni ada seorang lelaki Islam dari Bosnia buat haji dengan berjalan kaki dari Bosnia ke Mekah , ada cerita sikit kat bawah ni  ...

Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.Baca lagi sini

Allah buka jalan kat dia , permudahkan dia , nak gi haji jalan kaki , masuk melalui negara Syiria yg sedang bermandi peluru tu , tu dia dia berjalan kaki selama setahun baru sampai Mekah , ni kira boleh kurus ni tak yah diet dah ni , amacam kita leh wat ka, berjalan kaki kerana Allah  . Sangggup ka ?
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment