Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

5 Oct 2012

Baru nak melanggan, tapi ..... Sindiket jual saluran TV Internet haram ditangkap


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Baru je nak melanggan pekej ni , full pekej  , sebulan cuma RM25 je , tapi bila tengok berita ni.........dah kena tangkap rupanya....

Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.



"Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen."Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram bagi sindiket terbabit.sumber

Aku dapat maklumat dari kawan , full pakej cuma 25 je sebulan , tapi kena ada talian internet , camne aku pikir ni , mula-mula nak pasang le , tapi memikirkan itu line haram , tak yah masuk campur lah , biar je lah aku ambik pakej RM 60 ni je lah , asalkan line ni halal. Tup tup baca berita atas dah kena tangkap sindiket tu ..... hurrm nasib baik tak beli ......
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

OKje said...

He...he...ooo ada dengar cite jugak tu.... Manalah ada benda free dlm dunia ni....

Unknown said...

Wilma pernah kena offer dulu kat FB...
Tp, Wilma tak ambil...
Coz confirm illegal punya...
Nah...sekarang terbukti dah kan ^_^

dayteenlea said...

astro kene ade pesaing.hehehe

zack mus said...

murah ada sebab tu

Post a Comment