Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

9 Oct 2012

Kolestrol dalam udang sebenarnya tak bahaya , betul ka ?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Makan besar lagi semalam , ikan bakar, sotong goreng ,udang sambal , itulah menu feveret di Kuala Perlis , tak dak tempat lain dah , kedai yang sama , menu yang sama , tak jemu-jemu , makan sampai 2 kali tambah , lepas ni , kena senaman lebih sikit le .



Itu petanda awal , berat badan nak naik semula , tapi  harus waspada , dua tiga hari ni kena diet semula , makan benda ringan-ringan je , tak leh makan berat-berat , ok tak ? . Aku terbaca dalam internet , aku Google tadi , kolestrol dalam udang tak bahaya , betul ke ? Tengok ni ...


UDANG telah dicap sebagai makanan laut yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya?

Pada tahun 1996, satu kajian yang dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition mendapati, kolesterol yang terkandung dalam udang sebenarnya tidak mengundang ataupun memberikan kesan yang tidak baik kepada penerimaan kolesterol dalam tubuh badan.Pengarah dari Center for Human Nutrition, Universiti California-Los Angeles, David Heber yang juga penulis buku  What Color Is Your Diet? Berpendapat, “Udang telah lama dikategorikan sebagai makanan yang menyumbang kolesterol yang tinggi, dan saya sendiri tidak faham kenapa? Ramai orang, termasuklah sesetengah doktor juga mempercayai mitos tersebut. Menurutnya, kandungan kolesterol yang terkandung dalam darah setelah banyak makan udang sedikit pun tidak menjejaskan kesihatan seseorang.Udang kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 dan juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan juga tembaga.Kolesterol yang dimaksudkan ialah kolesterol ‘baik’ (HDL) akan meningkat dalam darah berbanding kolesterol ‘tidak baik’ (LDL) lemak yang terkandung dalam udang adalah baik dan berguna untuk kolesterol. Kolesterol dalam darah yang terbahagi kepada dua, iaitu LDL dan HDL mempunyai fungsi memasing-masing. LDL ataupun ‘kolesterol tidak baik’ selalunya akan menyumbang kepada proses saluran arteri (pembuluh jantung). Manakala kolesterol HDL pula HDL yang baik dipam ke paru-paru dapat mengurangkan tahap kandungan kolesterol dalam darah. Dalam erti kata lain, kolesterol dalam udang yang bersifat sebagai lemak itu sebenarnya tidak tepu berbanding lemak tepu yang terdapat pada daging dan telur. Ada pendapat mengatakan kolesterol yang terkandung pada udang agak sukar untuk diserap dalam darah, dan kajian ini masih buntu kerana mereka tidak ada alasan kukuh mengenainya.Sumber dari sini

Oleh itu , tak kisah lah nak makan udang banyak-banyak pon , dulu aku salah faham , ingatkan kolestrol dalam udang bahaya , tapi sebenarnya tak , kolestrol dalam haiwan yang bahaya , seperti daging , yang tu bahaya la . Bulan depan boleh gi lagi makan udang  hi hi ....

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

hainom OKje said...

Ye ke b. cik OKje ingat pun sama... udang tinggi kolestrol... b. cik cari le sumber lain pulak yang terkini ke....he..he..OKje nak cari malas nak baca aje...he...he...
udang sambal memang faveret tapi nak makan sekarang takut...makan satu dua je .. jaga makan konon...takut kolestrol!
tapi ikan bakar tu lagi faveret!

Intan Norhaida said...

yg sy tahu, kandungan asid urik pada udang sgt tinggi..... kalau mkn lebih dikhuatiri kena gout...
p/s:sy penah keje makmal di kilang frozen udand dulu..

abg cik said...

saya rasa pun begitu , udang dan seafood yang seangkatan dengannya emang ada asid urik , kalau banyak boleh sebebkan gout

BUNDA a.k.a KN said...

BUNDA pernah dengar orang cakap nak kurangkan kolestrol dalam makanan laut , menu masakkannya mesti ada letak bahan masam, spt nenas ke mangga ke camtu lah..lagi satu buang urat belakang udang tu...dalam islam pun digalakkan sebab urat tu terkandung najis..betul ke tak wallahu'alam..kalu udang yg besar2 tu blehlah kot dibuang uratnyer kan..

Post a Comment