Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 Oct 2012

' Usahawan ' konon tapi hasil dari mencuri


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Haiih ...macam-macam cerita dunia sekarang ni aku ambik dari Harian Metro hari ni , yang tak kenal haram halal tu macam ni le akibatnya  ......

Usahawan pencuri. Itu gelaran buat seorang lelaki yang menjalankan perniagaan makanan serta memiliki duit simpanan lebih RM10,000 namun mempunyai minat mencuri motosikal.Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun dan menjalankan perniagaan di kawasan Desa Petaling itu juga pernah dicekup polis atas kesalahan mengambil dadah.

Bagaimanapun, niat lelaki berkenaan untuk membuat kad pengenalan baharu di Pudu Sentral dengan menunggang motosikal curinya membawa padah apabila dicekup polis, semalam. Dalam Ops Nombor Pendaftaran Palsu dan Snap Check Pelbagai Kesalahan Jenayah yang dijalankan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), lelaki berkenaan dicekup di tempat letak motosikal di kawasan itu.

Pegawai Operasi U3K, Inspektor James Jakup berkata, ketika menjalankan pemeriksaan mereka menahan sebuah motosikal jenis Honda EX5 warna hitam yang ditunggang seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan. “Hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan dilaporkan hilang di PPR Seri Alam pada 15 Mei lalu dan selepas ditahan, suspek dan motosikal itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mencuri motosikal berkenaan dengan bantuan rakannya.
Katanya, selepas membuat laporan tangkapan, suspek dihantar ke Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

Haha ..sepandai tupai melompat akhirnya masuk jerat  gak .....
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment