Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Oct 2012

Pelajar USM terjatuh dari tingkat 7 asrama


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Penyakit kemurungan ni banyak berkait rapat dengan makhluk halus agaknya  , ikut kata hati ,mati lah jawabnya ....


Seorang pelajar lelaki Universiti Sains Malaysia (USM) parah selepas terjatuh dari tingkat tujuh asramanya, di sini hari ini.

Pada kejadian jam 11.30 pagi, pelajar berusia 21 tahun itu ditemui dalam kedaaan terlentang di atas bumbung parkir kereta selepas dikatakan terjatuh menerusi tingkap biliknya. Sumber polis berkata berdasarkan maklumat rakan sebiliknya, siswa dari Pusat Pengajian Pengurusan itu berkelakuan tidak normal dan mengalami kemurungan sebelum kejadian.


"Pelajar itu dikatakan berada dalam keadaan histeria, kerap mandi dan berbogel di dalam biliknya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan beliau berkata pelajar berkenaan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.Berita penuh di sini

Dulu aku pun study kat USM gak , selalu gak tension , tapi tak lah sampai nak terjun bangunan , tapi kes atas tu tak dapat nak elak lah , mmg selalu terjadi macam tu . Banyak faktor terjadi macam tu , tension study , tension girlfriend , macam2 lagi , lagipun bangunan USM tu banyak menyimpan kes-kes seram gak yang terjadi dulu-dulu , eiii seramya ....


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

6 comments:

Intan Norhaida said...

bahaya penyakit kemurungan ni..salah satu sakit jiwa..yg pentig semua berbalik pada agama.... InsyaAllah, xde la kite wat perkara bukan2...

norazis said...

kadang2 bende2 camni kita tak minta pun...ia terjadi mungkin faktor sekeliling atau jiwa..nauzubillah..

abg cik said...

aku dulu pun jadi cam ni gak , tapi cepat-cepat recover , banyak solat , dan bermasyarakat , bersosial lah katakan ....

eiyna said...

kwn sekolah saya ni...dgr crita..dia kena pulau n dibuli kwn kelas..sbb dia ni sorg yg pendiam n x byk bergaul dgn org ramai....apa2 pon..doa kan dia cepat sembuh dan jangan hukum apa2 atas tindakan dia...hanya Allah shj yg tau keadaan dia masa tu...

moonera moon said...

sy pelajar usm jugak. kalau cik Eiyna nak cakap kemungkinan mangsa dibuli atau dipulau, sy rasa mcm agak mustahil sikit kot.. sepanjang sy belajar di sini dari zaman degree sampai ke skrg master, budaya buli2 ke pulau2 org ke, mmg Bukan satu budaya dlm usm... tapi ini hanya pendapat sy lah. Wallahualam. moga Allah kurniakan kesihatan fizikal dan mental yg baik utk dia. Aamin..

abg cik said...

ye lah kat USM banyak orang jadi mcm tu , kat u lain tak dak dengar pon

Post a Comment