Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

10 Oct 2012

Kemalangan di Kemaman Teganu , ibu dan tiga anak jadi korban , Al- Fatihah...


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Aku tengok berita Buletin Utama TV3 , malam tadi , sungguh tragis kemalangan di  Kemaman , Teganu , sadis betul , ibu dan tiga anak maut , dua lagi anak dia parah , aku dengar berita  mereka semua naik kereta Viva , hissh, lapan orang naik satu kereta , Viva pulak tu , semua duduk berhimpit-himpit agaknya , agaknya sebab tu kereta hilang kawalan , itu  agakan aku saja , kejadian sebenar , hanya saksi je yang tau . ...




KEMAMAN: Seorang ibu bersama tiga anaknya adalah antara enam yang maut dalam kemalangan yang membabitkan kereta mereka dan sebuah bas ekspres di KM129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Meraga Beris, di sini, awal pagi tadi.Ibu berkenaan ialah Noran Ali, 39, dan anak perempuannya,  Nursyazleen Norizan, 12, Nur Syardiena, 9, dan Nurkhairatul Najiha, 4. Dua lagi yang maut dalam tragedi kira-kira 4.30 pagi itu ialah saudara mereka iaitu Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta itu. Dua anak Noran iaitu Nursakinah, 17, dan adiknya Nursyafura, 13, parah dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (HTAA.)Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh bas ekspres.Sumber dari sini

Kejadian berlaku kol 4.30 pagi , hissh ke mana agaknya mereka semua tu lewat pagi gitu , bayangkan betapa sedih suami dia dapat  tau anak dan isteri meninggal , hanya 2 je terselamat , itu pun parah . Dengar khabar mereka semua dikebumikan dalam satu liang , dari berita TV3 , aku dapat tau , kereta tu dah masuk laluan bertentangan , dan bertembung head-to-head dengan bas , Viva  VS  Bas Ekspress , dah tentu bas yang menang , kereta tu diseret sejauh 20 meter kata berita TV3, banyak pengajaran dari berita ni , kepada semua keluarga mangsa ,harap redha dengan apa yang berlaku , itu ketentuan Allah , tak dapat elak dah , kejadian dah berlaku , mari kita sedekah Al-Fatihah ....moga mereka tergolong dalam orang beriman ...amin
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

5 comments:

OKje said...

Al-Fatehah... Viva dah jumpa bas...emmm...

zack mus said...

dah tentu bas yang menang kan ?

umikelly said...

sy pon drive biba. kete compact yg kecik. mmg x bole bawak laju... bergegar je rs stereng. bawak 80 pon dah rasa begegar kete

Unknown said...

Kesiannya...
Diharap keluarga yang ditinggalkan terus tabah menghadapi dugaan ini...

zack mus said...

satu lagi kesimpulan , jangan tergopoh-gapah buat sesuatu , fikiiiiiiiir panjang, tu dia !!

Post a Comment