Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

22 Oct 2012

Bila undang-undang boleh dibeli dengan duit ....


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Bila duit diutamakan , undang-undang ditolak ke tepi , gini lah jadinya ........



Puluhan kereta tonto mengekori pihak berkuasa terutama anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di negeri ini, dilengkapi peralatan komunikasi canggih sebaik anggota penguatkuasa itu keluar bertugas. Malah lebih teruk, tonto dengan beraninya ‘berkampung’ di luar pekarangan ibu pejabat JPJ Perak seolah-olah sengaja mencabar pihak berkuasa. “Kumpulan tonto bukan sahaja menjadi ‘orang hadapan’ memberi maklumat kepada pelanggan mereka mengenai kehadiran anggota penguatkuasa, malah berani mencabar, menghalang malah mengugut anggota penguatkuasa. “Mereka dibayar sindiket antara RM50 dan RM100 sehari, malah ada turut dibekalkan minyak oleh tauke setiap hari demi memastikan misi mengawasi pergerakan pihak berkuasa berkesan,” katanya. Kebanyakan tonto berkerja mengikut syif siang dan malam dengan menunggu di luar pejabat JPJ dan akan mengekori serapat 0.3 meter dari kenderaan penguatkuasa yang keluar melakukan operasi. Terbaru, kumpulan tonto bertindak menghimpit kenderaan JPJ yang mengejar sebuah lori membawa muatan berlebihan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Aku petik dari sini

Kat Malaysia ni  ginilah jadinya , duit punya pasal , undang-undang di ketepikan , ' gangster' nampaknya lebih hebat dari undang2 . Ini semua pengaruh siapa ? Ye la bagi aku  pengaruh Filem la , filem la ni semua ada unsur keganasan ,  budak2 kecik tengok filem dah boleh jadi gangster , baru2 ni  budak sekolah ugut bunuh rakan , pengaruh filem la tu , tak cukup filem tempatan , filem Barat kat TV pun ada .  Tonto2 ni ada yang muda , budak tak dak keje kena buang sekolah je , itu pasal kurang ajar sangat ....
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

6 comments:

Nor Zilla Sensei said...

kan gengster2 filem kita ramai kt mesia ni.. tu la jadinye.. ;-)

zack mus said...

gengster , anak-anak nanti jadi bapa gangster

Unknown said...

duit punya pasal.. yang lain dah tak pandang..

OKje said...

Hish..... itulah manusia..... dah tak hormat dgn undang2 macamanalah nak aman!

zack mus said...

setengah manusia tu , undang2 Allah pun tak leh nak follow , inikan undang-undang ciptaan manusia , kan ?

Unknown said...

Macam2 la sekarang nie...
Manusia...Manusia...

Post a Comment