Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 Oct 2012

Pengalaman aku terkunci dalam tandas...


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Kelmarin aku balik hantar lauk  untuk wife dan anak2  waktu tengahari , lepas mereka semua makan aku pun gi la masuk tandas nak buang air dan terus ambil wuduk, aku pun kunci dari dalam  , tiba-tiba aku rasa Huda tepuk pintu dan main kunci dari luar, harap-harap jangan kunci dah le kata aku dalam hati  , aku rasa anak kecik aku dah main selak pintu tu , aku buka la kunci dari dalam , Gulp !! memang sah terkunci dari luar , aku jerit suruh dia buka balik , dia pula tak reti nak buka , tau kunci je .


Nasib baik la wife aku  ada dalam rumah , kalau tinggal aku dan dia ! camna, tidur dalam tandas jawabnya aku sampai mak dia balik . Aku jerit suruh mak dia buka .Fuuuuh lega mak dia datang buka , panik wooooo , walaupun pintu tandas tu plastik je , sekali tendang dah pecah. Pengajaran dari peristiwa ni , lepas ni kalau tinggal aku dgn anak kecil aku tu , Huda , komfom , aku buang air sambil buka pintu tandas . Nak wat camna terpaksa , kalau dia kunci dari luar lagi haru-biru .

Dan kalau tinggal aku dan Huda , mungkin kalau aku rasa nak terkencing atau nak terberak aku terpaksa simpan dulu , tahan sampai dia tidur atau sampai wife balik baru gi setel hajat . Ni kali pertama aku kena kunci dari luar oleh anak aku tu, Huda  , sebelum ni ada aku dengar adik ipar aku kena kunci dari luar , tapi nasib baik dia tau buka balik . Dah terkena batang hidung sendiri baru tau ....he he kena jaga-jaga lepas ni ...
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

miz ruha said...

pandai huda usik abah dia.. :D :D

Mia Liana said...

lahhh kesiannya... budak2 memang macam tu. kena sabar ajelah... ;)

abg cik said...

tak leh nak ralit atau lepa sikit , tangan tu nak pegang macam-macam

dayteenlea said...

ssiiannnnnn

Post a Comment