Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 Oct 2012

Kebaikan Selawat Syifa' , dah pandai baca ....


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Baru-baru ni aku , anak aku baca Selawat Syifa' dalam kereta semasa aku drive balik dari kerja , aku terkejut , aikkk dia tau mana Selawat Syifa'  tu , ' kat sekolah ke ? ' tanya aku , ' tak , sendiri tau la ,abah ' jawab anak aku .Seingat aku , tak pernah aku ajar dia atau pasang cd . Pelik ! Budak 5 tahun tau Selawat Syifa'  sendiri , sapa ajar dia ? Apa kelebihan dia ? Baca bawah ni ...


Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH  SWT. Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.Sumber dari sini


Tu dia kat atas tu Selawat Syifa'  bacaannya , kalau nak dengar bacaan dari Hijjaz klik video kat bawah ni ..


Mak aku dah lama suruh aku amalkan Selawat Syifa' ni , cuma aku je lambat nak menghafal . Sekarang ni , aku pon dalam proses menghafal Selawat Syifa' ni , dalam kereta pun aku burn cd Selawat Syifa' ni ...moga dapat manfaat siapa yang terbaca entri ni ....
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

OKje said...

Kalau OKje yg nak menghafalnya.....duduk, concentrate baca banyak kali.... Insyaallah senang nak menghafalnya .... kalau menyambil.... mcam sush nak lekat...he...he..

zack mus said...

baguslah tu mudah nak menghafal

Post a Comment