Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

13 Oct 2012

Tidur depan TV juga ...


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Semalam kan , Huda,  dia tak tidur petang , jadi malam dia mengantuk awal,dalam kol 10 mlm tu dah serba tak kena , pantang silap sikit , asyik nak bunyi je, sebelum time maghrib dia dah ngantuk dah tapi aku ajak dia main kasi dia sibuk sikit , kasi peluh sikit , kalau tertidur waktu maghrib siap aku malam ni , nasib baik tak tertidur, lepas je waktu maghrib dia dah segar balik , aku bawa dia gi kedai makan , ramai orang jadi dia tak le layan ngantuk dia tu , lepas makan , balik rumah , dalam kereta tu serba tak kena , sebab ngantuk , masuk dalam rumah aku kasi dia main mainan pula dengan kakak dia sampai kol 10.30 . " IT's TIME " ha ha , aku tukar semua lampin dan pakai baju tidur , bancuh susu dalam kol 10.45 bawa masuk bilik , buka lampu  ' night club'  kasi cahaya samar-samar , buka air-cond , mak dia kasi tidur , kakak, Jannah ?,  dia dah lena hanyut dah ! Aku pun update blog , dan blog walking , dalam kol 12 , aku masuk , dalam bilik pelan-pekan , AIKKK !! tak tidur lagi , kol berapa pulak nak tido budak ni ?

" Meh , keluar kita main " aku kata. Jadi main lagi sampai kol 12.30   , sampai dia nangis merayu-rayu ngantuk . Aku ambik 5 biji bantal , buat kepungan kat depan TV , tak nak kasi dia golek jauh-jauh, tutup semua lampu , tutup suis TV . Cuma lampu dapur yang last sekali aku buka , itu pun nuuun jauh di sana. ' Jom kita tidur depan TV ' aku kata  ,   kejap je dalam 10 minit , kol 12.40 , hanyut macam gambar bawah , memang dia susah nak tidor kat dalam bilik mungkin sebab ada lampu tidur , lampu yang ada macam-macam color tu , hijau ada ,biru ada ,kuning ada , haa dia suka tengok lampu tu , macamana nak tidur ? Jadi, persediaan masa akan datang , dah pasang satu lagi ubat nyamuk depan TV, sebab kekadang aku lajak tidur depan TV dengan dia , nyamuk ? ada gak sekor dua ....

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

hainom OKje said...

Ha...ha... eloklah jangan bagi Huda tidur time petang atau maghrib.... nanti kalau bangun mesti mengamuk, ada aje yg tak kena....dari pengalaman anak OKje le... kalau terus tido sampai pagi tak pe...sedap sikit kita melayan mimpi...he...he...

abg cik said...

bdetul tu nom , kalau dia dah gi tadika , settle dah balik malam gerenti ngantuk , ni tak leh lagi , kecik lagi

Post a Comment