Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

14 Oct 2012

Duit lesap ketika sedang sujud...


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Kalau dah penyamun tu , penyamun juga , tak kira orang sedang solat ka , beribadat ka , dia nak sapu duit ,dia sapu gak , aku pon berhadapan dengan situasi macam ni , sat gi aku cerita ....

Di Mersing ,seorang warga emas rugi RM25,000 apabila begnya yang mengandungi barangan kemas dan wang tunai dilarikan seorang lelaki ketika sedang sujud di surau Kampung Air Merah di sini, 5 Oktober lalu.Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang perempuan sedang solat Maghrib di surau berkenaan.“Mangsa berasal dari kampung berkenaan sedang sujud apabila begnya tiba-tiba dilarikan seorang lelaki.“Jemaah surau berkenaan kemudian mengejar suspek namun lelaki terbabit dapat melarikan diri dalam kegelapan malam,” katanya, semalam.Menurut Mohd Nor, mangsa membuat laporan berkaitan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada malam itu juga.Mohd Nor berkata, pihaknya menyerbu kediaman suspek yang juga sekampung dengan mangsa namun gagal menemui lelaki terbabit. Aku petik dari sini

Dulu waktu aku kat KL Central , hari Jumaat , sedang  makan kat sebelah KFC , kat situ sunyi sikit , lepas makan aku pergi baca suratkhabar kat tempat tunggu teksi , ada tempat duduk , ada sorang brader tegur aku , mula-mula dia tanya aku dari mana ? , buat apa kat sini ? , aku pon jawablah , dia perkenal dia dari Johor , dia askar , aku tengok dia , ada gaya-gaya askar , macam ada benda dia nak cakap kat aku , tapi dia malu nak cakap , aku pon layan dia , dia kata dia baru lepas sembahyang Jumaat kat Masjid Jamek tadi , posh bag dia letak kat hujung kepala waktu sujud , tetiba bangun je hilang , aku tanya tak perasan ke ? , dah sembahyang khsyuk , mana perasan !!, KESIAN !! nak balik Johor duit tak dak , nak pinjam RM 10 ,mana cukup nak balik Johor , dia kata nak gi Kem Sungai Udang je , lepas tu kawan dia hantar balik Johor,  aku bagi le , tapi bagi lebih dari RM10  , kesian ,niat aku waktu aku bagi kerana Allah je  , kalau jadi kat aku macam mana , nak minta duit kat orang malu woooooo. !!

Ada satu kes lagi , ni wife aku cerita , kejadian berlaku di RNR Gurun , Kedah , ada mak cik tu solat , letak bag kat sebelah , tetiba dia rasa macam ada orang ambik beg duit dia , dia menjerit , tapi orang yang curi tu pompuan , dia pun tak tau sapa yang curi , dah lari hilang ke mana tah , masuk kereta dah jalan kot , kesian ,   cara terbaik , nak solat kat Highway ni kena gilir-gilir la , sorang tunggu beg , itu terbaik kot .....

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

OKje said...

Betul ke b. cik askar tu...kdg2 satu dpd cara nk dptkan duit jugak tu.... dunia sekarang ni mana boleh percaya sgt

zack mus said...

abg cik rasa betul la , kesian dia ...

Post a Comment