Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

16 Oct 2012

Apa akan jadi kalau kerajaan bagi masuk U percuma ?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Kalau kerajaan bagi masuk U percuma , aku takut satu je , kualiti tak dak , benda tak kena bayar selalu orang tak akan hargai , kalau kena bayar tu mungkin akan dihargai . Memetik dari akhbar MSTAR Online hari ni , kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Biasa lah kalau dah masuk U free , nanti kot cukai jalan , cukai pintu, cukai tanah naik kot  sebab nak tampung kos tu . Jangan terbalik sudah , kalau masuk U percuma , sekolah rendah dan sekolah menengah kena bayar mahal  ,' baru ada akai ' , orang Kedah kata . Masa sekarang ni yuran sekolah dimansuhkan  kan ? .

Macamana pula kalau PTPTN mansuh ? Begini , langkah memansuhkan PTPTN sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada pelajar dan negara kerana ia akan mengehadkan akses kepada pengajian tinggi di kalangan pelajar selain menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai yuran pengajian pelajar IPTS.Tanpa PTPTN, katanya, tiada sumber lain untuk membiayai kos sara hidup pelajar selain merencatkan usaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi menjelang 2020.

Kalau PTPTN mansuh pelajar nak makan apa ? Pelajar sekarang ni bergantung kepada duit tu la nak makan , pelajar akan minta duit dari mak dan bapa , habis garu kepala mereka , nak kena tanggung anak kat U lagi .Kalau pelajar UiTM aku kenal sangat , yuran murah , tapi PTPTN ambik maksimum , jadi duit tu siap boleh enjoy beli motor dan kereta aku tengok .
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

puteri kasih said...

bila satu benda free..benda lain akan naik harga..

memudahkan satu pihak dan membebankan pihak lain

zack mus said...

betul tue puteri , ada give and take lah

Unknown said...

Personally, Wilma prefer biarlah yuran U nie pelajar sendiri yang tanggung...
Coz, kalau free, confirm pelajar2 main2 dan tak concerntrate nak study...
Betul tak Abg Cik? Hehehe...

zack mus said...

Betul Wilma , benda yang dapat free ni jarang dihargai , errr nak kahwin pun kena keluar duit , bukan free tu , tol tak ?

Post a Comment