Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 Oct 2012

Baru kenal sebulan dah sapu RM 40 ribu


Macam kena pukau je aku dengar , baru kenal sebulan dah sapu RM 40 ribu , yang syoknya , si mangsa siap buat loan bank , hutang along semata nak kasi kat boyfriend dia , ni kes kemaruk nak kahwin  ni , patutnya lelaki la kena tanggung semua , ni terbalik , pompuan yang tanggung. Berita penuh sini Bukan setakat wang , motosikal pun dah diserahkan kepada laki tu , tak guna betul , semua...
Baca Lagi

Treler masuk rumah ..Bahaya bina rumah tepi jalan ni


Bukan salah buat rumah tepi jalan, cuma risiko macam gambar atas tu , risiko tinggi , nak buat rumah , buatlah , tak kisah , tapi kot jadi mcm gambar atas tu . Kalau ada budak kecik   jadi mangsa , kesian  ! Malang tak berbau ...Berita penuh sini...
Baca Lagi

Gaji penjawat awam naik lagi tahun 2013 ?


Gaji penjawat awam akan naik lagi 2013 ? Biar betul ! tapi begitulah petikan akhbar yang aku baca dari akhbar Sinar hari ni ..... Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.Berita...
Baca Lagi

Taktik terbaru penyamun , jatuhkan motor


Ye la aku dah agak dah , kes jatuhkan motor ,pura-pura kena langgar , kes langgar bontot kereta orang , bila orang keluar dia bagi pisau , haa rakan dia pula geledah habis licin isi kereta kena sapu , nasib baik dengan kereta sekali dia larikan , jaga-jaga .... Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara, di sini awal pagi tadi.Dalam kejadian...
Baca Lagi

' Usahawan ' konon tapi hasil dari mencuri


Haiih ...macam-macam cerita dunia sekarang ni aku ambik dari Harian Metro hari ni , yang tak kenal haram halal tu macam ni le akibatnya  ...... Usahawan pencuri. Itu gelaran buat seorang lelaki yang menjalankan perniagaan makanan serta memiliki duit simpanan lebih RM10,000 namun mempunyai minat mencuri motosikal.Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun dan menjalankan perniagaan di kawasan Desa...
Baca Lagi

30 Oct 2012

Tanam sayur atas bumbung ...kesian


Penduduk Palestine tanam sayur atas bumbung Penduduk Palestin terpaksa tanam sayur atas bumbung , kesian , sampai tahap tu kehidupan mereka , Allah nak uji tu , bumi Palestine bumi para ambiya' , bumi yang penuh keberkatan . Sebulan yang lepas aku terbaca akhbar ,  mereka ternak ikan dalam kanvas , yang pelik nya ikan tu ikan air tawar , tapi mereka boleh guna air laut yang telah ditapis untuk...
Baca Lagi

Medan Gopeng nak kena pindah ke Meru Jaya ?


Hari tu aku gi kursus di Shah Alam , aku pergi dan balik naik bas, jadi waktu nak balik tu kawan ajak aku tumpang kereta dia sampai Medan Gopeng , Ipoh. Medan Gopeng tu stesyen Bas Ekspress la , aku pun tumpang , tapi aku kata kat dia , aku kena sampai sebelum kol 9 mlm , sebab bas terakhir ke Perlis bertolak kol 9 mlm . Dalam perjalanan tu dia ada cerita , Medan Gopeng nak kena pindah ke Meru Jaya...
Baca Lagi

Jodoh silap dail telefon


Kalau dah jodoh , semuanya dipermudahkan Allah , walaupun dirinya OKU , kerana keserasian antara mereka , ke jinjang pelamin juga akhirnya .... Seorang penoreh getah tidak pernah terfikir bahawa akan bertemu jodoh dalam tempoh singkat selepas dia tersilap mendail nombor telefon kira-kira tiga bulan lalu. Kisah ni berlaku di Pasir Mas. Tanpa melihat keadaan fizikal bakal isterinya itu, Bakri...
Baca Lagi

Pelajar USM terjatuh dari tingkat 7 asrama


Penyakit kemurungan ni banyak berkait rapat dengan makhluk halus agaknya  , ikut kata hati ,mati lah jawabnya .... Seorang pelajar lelaki Universiti Sains Malaysia (USM) parah selepas terjatuh dari tingkat tujuh asramanya, di sini hari ini. Pada kejadian jam 11.30 pagi, pelajar berusia 21 tahun itu ditemui dalam kedaaan terlentang di atas bumbung parkir kereta selepas dikatakan terjatuh menerusi...
Baca Lagi

29 Oct 2012

Kereta terbakar ketika isi NGV


Dari akhbar Sinar hari ni , ni kes kedua aku dengar sepanjang aku membaca akhbar online ni , kereta terbakar semasa isi NGV .... Di Batu Caves ,sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin.Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak...
Baca Lagi

Madu kasi lampu hijau kahwin 4


Aku terbaca akhbar hari ni , isteri sanggup cari calon isteri untuk suami lengkapkan kuota , ' beristeri 4 ' ha, best ni ... Di Trengganu , terbiasa berkongsi kasih berempat, pemergian madu tua ke rahmatullah tahun lalu membuatkan tiga isteri seorang ahli perniagaan sanggup membuka jalan kepada suami mereka untuk menerima seorang lagi wanita bagi melengkapkan kuota poligami. Mendedahkan rahsia...
Baca Lagi

Siapa yang mati sebenarnya ....


“Saya tak mati lagi, seram sejuk badan saya bila awak cakap saya mati.” Itu kata Sadisafizan Said, 36, kepada wartawan Harian Metro yang ke rumahnya di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, di sini, untuk menemu bual keluarganya selepas dia dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.Pertemuan wartawan Harian Metro dengan Sadisafizan, sekali...
Baca Lagi

28 Oct 2012

Happy Birthday .....


Kelmarin aku dapat wish happy birthday dari berpuluh-puluh friend kat FB , waa banyaknya , tak sangka birthday aku akan jatuh pada Raya Aidil Adha kedua , dah 39 tahun ni , blogger otai nama dia tuh ( perasan ) , makin tua makin menjadi ...... Anyway , thanks kepada semua friend yang wish happy besday kat aku ni , kepada yang mendoakan aku , amiiiiiin , sebagai balasan , aku doakan  Allah...
Baca Lagi

Jaga-jaga , sindiket gores dan menang kini kembali


Gores dan menang kini kembali , jaga-jaga jangan terpedaya , dulu aku dah kena dah sekali , haa jangan kena lagi .. Kes terbaru membabitkan seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Isnin lalu di sebuah pasar raya di Cheng, dekat sini, yang diperdaya sehingga kerugian RM3,000. Menurutnya, jumlah aduan berkenaan termasuk enam kes di Melaka Tengah oleh satu sindiket gores menang...
Baca Lagi

27 Oct 2012

Kucing ni harga RM100000


Kucing ni harganya RM100000 , sama harga dengan sebiji rumah , nak wat cam na dia peminat kucing , jenis kucing ni adalah kucing Bengal , dari Moscow , Russia . Kucing betina yang bernama Polar Day itu pada awalnya dibeli oleh Julie Menadue Sancheita, 50, dengan harga RM30,000 tetapi melonjak sehingga mencecah RM100,000 apabila terpaksa menanggung kos perjalanan, insurans, kuarantin, perubatan...
Baca Lagi

Lagi kes buang bayi


Tak tau lah apa nak jadi akhir zaman ni , bayi tak berdosa dibuang dalam parit , kejam sungguh , tak da perikemanusiaan langsung . Kalau tak nak bayi tu serah je kepada orang yang nak , kan senang ! Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku...
Baca Lagi

26 Oct 2012

' Selamat Hari Raya abah dan ibu '


Selamat hari raya , hari ni selepas solat raya gi jejalan beraya rumah sedara yang buat korban tolong siang daging , haha lepas Jumaat baru leh makan . Kasi anak bini pakai baju raya , aku? Aku tak pakai baju raya pun , aku pakai baju nak buat keja , tolong potong daging ....
Baca Lagi

25 Oct 2012

Apex dan Lueniey akan kahwin tahun ni


Tahniah  la Apex , arau Khairul Fahmi , penjaga gol no 1 negara  nak kawin dah  dengan pilihan hati tak kisah la sapa pun janji bahagai dah la , hak dulu putus tunang lupakan la , tak da jodoh . Dengar kata  nak kawen Disember ni , haa lagi cepat lagi bagus . Nur Eilunie Natasha Nazri  nama bakal isteri dia , dalam perancangan tu nak bertunang dan kahwin pada hari yang...
Baca Lagi

Panduan Solat Aidil Adha , Selamat Hari Raya Korban


Aku tercari-cari gak panduan solat raya korban dalam Google, terjumpa gak satu blog ni , esok dah nak solat raya , lupa dah, maklumlah setahun sekali ja . Terjumpa gak satu blog ni , aku selalu gak masuk blog ni sebab nak tengok kerja kosong utk adik aku dulu ... Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut) Panduan ringkas: (1) Takbiratul ihram /Niat solat: Sembahyang...
Baca Lagi

Doktor terlampau ....


Tak semua doktor perangai macam ni , segelintir ja , aku rasa doktor ni tak kawen lagi kot , sebab tu tengok pompuan bernafsu sangat , haa patutnya ada duit tu kawen lah cepat , cari yang halal lah kan , .... “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit. “Saya mula curiga dan takut apabila...
Baca Lagi

Blog Review - SOP NAMA SAYA | SOP.NAME.MY


Ada satu blog ni , blog my friend SOP , nama sebenar dia tak tau lak aku , aku panggil Sop ja , suka baca blog dia , penuh dengan informasi , dan juga kisah peribadi dia , dia aku anggap macam sifoo lah memandangkan aku ni baru je terjun dalam dunia blog . Nak buka bolg dia klik sini   www.sop.name.my  . Sebelum ni dia ada review blog aku ni , jadi aku review la blog dia balik ....
Baca Lagi

24 Oct 2012

Kes pecah ATM lagi


Aku heran betul lah , lagi-lagi aku dengar kes pecah mesin ATM , apsal tak dak ciri-ciri keselamatan ka , dalam pasaraya pulak tu , mana pengawal keselamatan ? Tak wat keja ka ? Mesti ada somthing  wrong ni , pasaraya besar mcm Giant tu bukan senang nak pecah masuk , CCTV bersepah .... Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes memecah dan melarikan wang daripada mesin juruwang...
Baca Lagi

Suami cekup isteri khalwat dalam rumah sendiri


Jarang dengar suami cekup isteri khalwat dalam rumah sendiri , tapi ni kisah benar ni , rasanya tak da rasa cinta kot , orang tua paksa kawin kot , camna leh jadi cam ni ? Tengok kisah ni ... Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam...
Baca Lagi

23 Oct 2012

Risau gak tinggal bini lama-lama ni


Macam-macam kes sekarang ni ,pecah rumah , rompak , kalau dok dalam rumah tu , dah kunci semua pun belum tentu selamat , perompak ni boleh masuk gak , camna dia masuk tak tau .... Seorang suri rumah dan seorang bayi baru lahir ditemui mati dalam bilik utama dan bilik air sebuah rumah teres di Taman Kekwa di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Salleh berkata,...
Baca Lagi

' Doktor Songsang ' kini kembali


Nama ja doktor , tapi pemikiran tak doktor pun , lelaki sama lelaki pun terangsang , haa yg jadi mangsa adalah budak sekolah .... Bermodalkan telefon pintar berjenama sebagai umpan, seorang doktor di sebuah klinik swasta di Bukit Indah, di sini, bertindak mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bagi memuaskan nafsu songsangnya, Sabtu lalu sebelum menghadiahkan alat telekomunikasi...
Baca Lagi

Tunai Haji dengan berjalan kaki bagi seorang lelaki Islam Bosnia


Menurut akbar Kosmo hari ni ada seorang lelaki Islam dari Bosnia buat haji dengan berjalan kaki dari Bosnia ke Mekah , ada cerita sikit kat bawah ni  ... Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda...
Baca Lagi

Bila pemain Kelantan dapat tanah...


Rasanya berbaloi tak main bola ?  , dapat hadiah macam-macam kalau menang piala tu , duit ? Dah tentu dapat banyak , aset pun dapat , terbaru pemain Kelantan bakal dapat tanah sbb menang Piala Malaysia , ..... Seperti dijanjikan, ganjaran lot tanah tetap menanti barisan pemain The Red Warriors, setelah meraih kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua, sekali gus mencipta treble pertama mereka...
Baca Lagi

22 Oct 2012

Tarikh kahwin Chong Wei dan Mei Choo di cepatkan


Bagus tu kasi cepat lagi bagus , tak leh kawan lama-lama tak elok , haa kasi kahwin kasi cepat dapat anak , lu umur dah 30  jangan tunggu lagi , haa nanti tua nanti anak baru  nak gi tadika , tu pun kalau ada anak .... Menurut akhbar Sinar , kata abang Chong Wei .... "Jika mengikut perancangan awal, majlis sepatutnya diadakan tahun hadapan.Bagaimanapun berikutan kematian nenek Mew...
Baca Lagi

Bila undang-undang boleh dibeli dengan duit ....


Bila duit diutamakan , undang-undang ditolak ke tepi , gini lah jadinya ........ Puluhan kereta tonto mengekori pihak berkuasa terutama anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di negeri ini, dilengkapi peralatan komunikasi canggih sebaik anggota penguatkuasa itu keluar bertugas. Malah lebih teruk, tonto dengan beraninya ‘berkampung’ di luar pekarangan ibu pejabat...
Baca Lagi

Konsert Malaysia Rock Festival 2012


Konsert Rock Festival 2012 ,20 Oktober di Ekuisterian Bukit Kiara , kumpulan rock terlibat Wings , Lefthanded , May,  Rusty Blade , XPDC , terbaik bro , lagu nostalgia semua dinyanyikan , tiket sampai RM100 , aku pun minat ni , tapi sekarang ni tak lah sampai nak gi konsert , setakat dengar lagu je . Hisssh  ada yang tak solat maghrib ni . Kalau nak wat konsert rock pun , buat lah lepas...
Baca Lagi

21 Oct 2012

Berita Baik, Harga sekotak rokok naik 20 sen jadinya RM 10.20 !!


Tadi aku tengok berita TV3 , berita baik untuk para perokok , harga sekotak rokok naik 20 sen , jadi RM 10.20 , berkuatkuasa  esok 21 Oktober 2012 . Eleh , naik lah banyak mana pun , sekotak RM50 pun perokok tegar mesti beli punya . Susah nak berhenti merokok ni . Aku pun dah berhenti dah , sekarang ni hisap benda lain lak . Kalau nak bagi orang semua henti merokok ni mudah je , tutup je kilang...
Baca Lagi

Tahniah Zulfahmi , podium pertama rakyat Malaysia dalam Moto 3 di Sepang


Tahniah Zulfahmi , podium pertama bagi Malaysia dalam kategori Moto 3 di litar Sepang  hari ni . Sempena harijadi dia ke 21 , podium pertama sebagai hadiah . Sikit lagi nak menang , dia kena pintas di selekoh terakhir , haaaa kesilapan lewat ni . Jumpa lagi di Phillip Island , Australia . Tahniah...
Baca Lagi

Tak leh nak update blog dah


Tengok tu dah mula sibuk , cam ni tak leh nak update blog dah...... Aku kena tackel dia kasi dia main mainan yang baru beli tu , baru dia ralit main tu , haaa leh update blog , kalau tak tangan tu asyik nak menekan ja . Nanti sat aku nak babab tangan kecik ni . Sebelum ni aku suruh gini ' tangan letak bawah no '  dia letak . Tapi , sekarang dah tak leh dah , dah mula nak menekan , jangan shutdown...
Baca Lagi

Jom jogging kasi peluh sikit


Jogging sat , kasi hilang sakit kepala , kasi peluh sikit , pergh ...2 hari duduk dalam ' gua ' ,sama macam anak-anak aku , cuti 3 hari , 2 hari berlalu dok dalam rumah ja , pagi ni keluar sikit , jogging 2 km , hahh percaya tak ? tak caya mai tengok , pakai track sut , jom jogging sekali , semua tido ,aku sorang jaga awal hari ni , ssyyyyy ... lepas jogging nak sit up ngan pumping lak , pas ni...
Baca Lagi

Ambik angin jap ...


Perggh sakit kepala wooooo, ambik angin sat no.....2 hari woo tak leluar rumah . Cam dok dalam ' gua ' ja , dok melangut komputer ngan TV ja , sakit nyut-nyut kepala woooo. Bawa anak-anak aku gi taman permainan dekat tu gi tengok orang main , ambik angin luar sikit , kasi rangsang minda mereka sat ,  asyik bergusti dengan anak-anak dalam rumah ja , pagi esok ingat nak jogging , leh bangun...
Baca Lagi

Hasil kajian , Surirumah banyak kena HIV ..


Ramai suami yang ' makan luar ' , terutama di utara Malaysia ni , dekat sempadan  Siam ni , akibat nakkan  'ayam muda'  atau ' pucuk muda ', tak endah dosa pahala , ikut nafsu semata-mata ,  balik rumah bawa HIV .  Haaa jaga-jaga . Mengejutkan apabila kajian terbaru trend kes HIV di negara ini mendapati golongan isteri, terutama suri rumah, sebenarnya lebih lima kali ganda...
Baca Lagi

Lelaki ada 11 isteri , camna dia buat ?


Lelaki ada 11 isteri , camna dia buat ? Imej dia macam  ' ustaz '  , memalsukan dokumen , di samping pandai guna ' ayat power ' untuk memikat wanita untuk meraih simpati , fuuuh macam-macam ragam manusia  akhir zaman sekarang ni . Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak,...
Baca Lagi

20 Oct 2012

Selera makan makin tinggi ni ..


Kelmarin ngan hari ni , jaga anak kat rumah , 2 hari aku tak keluar rumah , selera makan aku makin tinggi , semalam nasi goreng daging ( extra nasi ) licin aku sebat, tengahari tadi , 2 pinggan nasi habis aku rembat , tengah update blog petang ni , kuih raya pula aku tibai . Fuuuuh , patut la kebanyakan para isteri yang jaga anak kat rumah kuat selera makan .Err tapi bukan semua ya .. Aku baru...
Baca Lagi

Kelantan is my feveret , tapi aku pilih ....


Aku pilih ATM  menang Piala Malaysia malam ni . Atm mantap di semua posisi tak dak pemain kena kad kuning , dan injured , semua ok , gempur habis-habisan , taktik menyerang lah ATM malam ni , jangan bawa kereta kebal dah le .  Kelantan memang feveret aku semenjak dari dulu lagi , tapi ada dua tonggak mereka Qhaddar dan Norfarhan  tak leh main , sbb kad kuning , nak harap Mat Yo  sorang...
Baca Lagi

Nasib nurse kolej swasta terbela , diserap masuk Hospital Kerajaan


Dari Berita Harian hari ni , jururawat kolej swasta dah tak perlu risau lagi dah , dah boleh serap masuk kerajaan tak lama lagi bermula hujung tahun ni . Haaa adik beradik aku yg mana ada Diploma Nurse dari kolej swasta , tunggu je panggilan masuk hospital kerajaan . Setel isu jururawat tak dak keje . Dulu heboh sangat pasal jururawat tak dak keje . Tak yah pikir la , belajar kasi habis dulu , keje...
Baca Lagi

Rantai anak ketika bekerja , kat sini belum ada lagi tapi kat China..


Pagi tadi aku terbaca dalam Metro Online pasal ibu bapa bawa anak ketika pergi bekerja , rantai anak-anak tu kat tempat keje supaya tak gi jauh-jauh . Tujuan mereka tu supaya anak berkeliaran jauh-jauh dan supaya orang tak culik . Niat mereka baik , tapi mungkin disalah tafsir oleh masyarakat dunia . Tengok gambar bawah ni , budak umur 3 dan 4 tahun dirantai supaya tak main jauh .   Terlalu...
Baca Lagi

Mr Mama untuk hari ni dan esok ..orait !!


Dah kena booked hari ni dan esok jadi Mr Mama , jaga anak 2 orang kat rumah , barulah rasa penatnya main dengan budak-budak . Dulu aku hairan juga tengok dalam drama  TV  kenapa bila suami balik rumah , mood isteri tak penah baik bila ada budak-budak . Sekarang bila aku sendiri kena jaga anak-anak , baru aku faham susah nak jaga budak-budak ni ,  mereka perlukan perhatian sepenuhnya...
Baca Lagi

19 Oct 2012

Blog trafik tinggi tapi cerita pasal orang ..


Ada satu blog tu trafik tinggi , tapi cerita pasal orang , pasal aib orang , malu orang , ok tak ? , VS blog cerita pasal tuan belog , dan pendapat tuan belog , mana satu pilihan kita ?, dulu memang belog ni banyak cerita pasal orang , tapi takla pasal aib orang , aku cerita pasal  artis berita artis , bukan aib dia . Tapi sekarang ni semenjak aku guna domain Dot Com ni  aku banyak menulis...
Baca Lagi

Banglo runtuh , pemilik renovate tanpa kelulusan


Dah masuk akhbar pasal bubung banglo seberat 4 tan runtuh semasa sedang renovate , habis kantoi , rupanya belum dapat kelulusan . Dah tentu kena tindakan denda lepas ni .. Pemilik banglo di Seksyen 7 di sini yang bumbung konkritnya runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian, Khamis sehingga mengorbankan seorang pekerja bakal berdepan tindakan undang-undang kerana pengubahsuaian itu tidak mendapat...
Baca Lagi

Inilah Google punya pusat data


Syarikat Google kelmarin mendedahkan gambar beberapa pusat datanya yang menunjukkan sejumlah komputer memproses permintaan pengguna internet. Pusat itu memproses permintaan klip video YouTube dan menghantar e-mel kepada berjuta-juta orang. Imej pusat data itu boleh dilihat menerusi laman web yang baharu diperkenalkan Google iaitu http://www.google.com/about/datacenters/gallery/#/tech/1 .  Laman...
Baca Lagi

Tidur lepas solat subuh ni tak bagus , kenapa ye ?


Ngantuk ni lepas solat subuh tadi , gi update blog , sekarang ni ngantuk gila , hasil dari carian aku dalam internet pasal tidur lepas solat subuh ni , hasilnya  baca kat bawah ni  .. “Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti” “Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun” Dialog atas tu adalah antara yang selalu mak kita dok berleter .... Rasulullah...
Baca Lagi