Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

5 Dec 2012

Safee ' Kaya dan semakin kaya '!! ....


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Aku kata macam tu sebab , kontrak lama dengan Pelita Jaya  dia dapat bayaran  RM118,000 sebulan , dengar kata kontrak baru dengan Johor FC ni gaji dia lagi lumayan , barapa pun tak tau , fuuh !! Makan tak habis tu , tu pun bini dia nak cari lain m pergh !! Baca bawah ni Berita penuh sini

Menurut Metro hari ni , selepas berjaya mendapatkan beberapa nama besar bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan, Johor terus bernafsu menyambar pemain berstatus bintang dengan terbaru mendapatkan khidmat penyerang sensasi negara, Safee Sali.

Kehadiran pemenang kasut emas Piala AFF edisi lalu itu menambahkan lagi senarai pemain bintang yang berjaya diikat Harimau Selatan sebelum ini, antaranya termasuklah bekas pemain Getafe, Daniel Gonzales Guiza serta Simone Del Nero.

Dalam misi untuk memenangi Piala Malaysia musim depan, Johor sebelum ini turut berjaya mendapatkan beberapa pemain bintang tempatan seperti kapten skuad negara, Safiq Rahim, Muslim Ahmad serta Aidil Zaquan Adha Abd Razak serta seorang lagi penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim ketika mengumumkan perkara itu malam tadi, berkata Safee akan beraksi secara pinjaman selama setahun selepas mendapat pelepasan kelab lamanya, Arema Indonesia.

“Kontrak Safee berkuat kuasa 1 Disember hingga 30 November 2013,” katanya yang menegaskan pihaknya sanggup hadir dari Johor semalam sejurus selepas menerima surat pelepasan rasmi dari Arema.

“Saya tidak dapat mendedahkan nilai perpindahan serta gajinya,” katanya sambil tidak menolak gaji yang diterima Safee lebih tinggi berbanding yang ditawarkan Arema.

Sebelum ini ketika di Pelita Jaya yang kemudiannya bertukar nama kepada Arema Indonesia, Safee difahamkan menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) menerusi kontrak lumayan bernilai RM2 juta selama dua tahun iaitu sehingga 2014.


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

6 comments:

AtieYusof said...

Makin kaya lah dia ni...hehe...;)

Miss Zahirah said...

alahaii.. mkn x abis tu..
ape kta share ngn umay islam kt palestine tu..
brtmbh murah rzki kamu safee

Unknown said...

wah kaya tul kelab bola sepak johor...
sume beli pemain mahal2.....erm...

Pemikir said...

rezeki...

MalizaMah said...

moga safee lebih baik... chaiyok2.

zack mus said...

semoga Safee kahwin cepat

Post a Comment