Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

21 Dec 2012

Inilah jadinya kalau Top Management gila duit .....


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Inilah jadinya kalau Top Management gila duit , kuasa ada , pangkat ada , pengaruh ada , nak apa lagi , main duit majikan lah untuk urusan peribadi , di dunia tak pa la , akhirat ?? Cer tengok petikan dari Kosmo hari ni kat bawah  ...
SHAH ALAM – Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman tersebut selepas berpuas hati kerana pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bakaruddin juga boleh dipenjara setahun lagi sekiranya gagal membayar denda.
Asmadi bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi memerintahkan tertuduh membayar denda.
Beliau turut menaikkan jumlah jaminan daripada RM8,000 kepada RM10,000 dan memerintahkan Bakaruddin melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad pertama setiap bulan.

Cer aku pegang jawatan mcm dia , ada kelabu mata tak tengok duit ? Minta simpang wooo , tamo jadi mcm tu la ...
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Crack said...

-_-" Tak berbaloi pun...pree aja kena penjara....aduyai..

abg cik said...

kena penjara satu bab, hilang keja satu bab huhu

Post a Comment