Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

24 Dec 2012

( Gambar ) Pahang , Kelantan, Trengganu dan Johor dilanda banjir, kesian mereka ...!!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Pahang , Kelantan, Trengganu dan Johor dilanda banjir, kesian mereka ...!! Kat KL pula selalu kena banjir kilat , kejap ja dalam beberapa jam saja , lepas tu surut balik , banyak longkang sumbat , tu lah sebabnya .
Tapi kat pantai Timur , bukan pasal longkang sumbat , tapi pasal hujan tanpa henti dan angin monsun . Menurut akhbar Sinar Harian hari ni , korang baca la petikan  bawah ni ....

Kelantan dan Pahang mula dilanda banjir hari ini setelah hujan lebat monsun melanda wilayah Pantai Timur Semenanjung bermula dengan Terengganu semalam.

Johor juga masih dilanda banjir menyebabkan jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di keempat-empat negeri itu meningkat kepada 997 orang berbanding 430 orang pagi tadi.

Hujan lebat pagi tadi menyebabkan ibu negeri Pahang, Kuantan ditenggelami air sedalam 1.5 meter, yang merupakan kejadian terburuk sejak 2001.

Antara jalan yang ditenggelami air di kawasan itu ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu pula melaporkan jumlah mangsa banjir tertinggi ialah di negeri itu dengan 707 orang diikuti Pahang (440 orang), Kelantan (199 orang) dan Johor (16 orang).

Di Terengganu, enam dari tujuh daerah di negeri itu terbabit dengan bencana alam berkenaan kecuali daerah Kemaman dengan 18 pusat pemindahan sementara dibuka di daerah Dungun (7), Setiu (4), Besut (2) Hulu Terengganu (2), Marang (2) dan Kuala Terengganu (1).

Di Pahang, lapan pusat pemindahan dibuka iaitu enam di daerah Kuantan dan masing-masing satu di Pekan dan Rompin.

Di Kelantan pula, 10 pusat pemindahan dibuka di negeri itu termasuk tiga di Kota Baharu, satu di Machang dan masing-masing dua di jajahan Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Hanya satu pusat pemindahan dibuka di Batu Pahat, Johor. 
Harap-harap Perlis tak banjir lagi tahun ni , serik dah dulu dah kena , tapi kalau nak banjir juga , terima je lah ....

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

HafRizah@Dátiles.Dulces said...

saya tengah bercuti di kemaman skang ni...hujan kat sini pon memang tak berenti lagi...harap2 takdelah air banjir naik..huhu

Intan Norhaida said...

amlam adik nk g hospital kuantan. terpaksa uturn sbb bnjir..... kat cni (2 jam dari kuantan) pun x nmpak matahari lg dr smalam..

abg cik said...

waduh ,sian ye intan , nak kena simpan stok makanan , dan isi minyAK kereta penuh

Post a Comment