Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 Dec 2012

AES : Jangan jadi tempat kaut untung !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Harap sangat syarikat penyedia AES tak pasang sesuka hati bertujuan nak kaut untung . Mereka dibayar berdasarkan saman yang dikenakan . Lagi banyak saman , lagi banyak lah bayaran yang dierima . Adilkah macam tu ?

Dari Mstar hari ini ....


Syarikat penyedia Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak mempunyai kuasa untuk memasang sistem kamera berkenaan di mana-mana kawasan sewenang-wenangnya, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata sebaliknya pemasangan sistem itu tertakluk kepada pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) serta berdasarkan data kemalangan dan cadangan pihak polis.

"Kita mempunyai kawasan tertentu yang telah dipastikan atau dicadangkan oleh polis berdasarkan data kemalangan yang pernah berlaku. Kawasan itu pula akan dikaji oleh MIROS, selepas itu barulah kita akan pastikan mana-mana tempat yang patut ada sistem itu," katanya kepada pemberita selepas menutup program 1Komuniti 1Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Dewan Merdeka Manjung di sini, Ahad.

Beliau sekaligus menepis dakwaan pihak tertentu yang mengatakan sistem itu boleh dipasang syarikat berkenaan di mana-mana sahaja dengan sewenang-wenangnya apabila berkata pemerhatian dan analisis kawasan perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum melaksanakan pemasangan sistem AES.

Ada juga tempat yang tak strategik pun dipasang juga . Umpamanya atas highway , kawasan 90 km/j pun kena juga, kebetulan itu dekat dengan plaza tol . Itu yang buat orang marah tu . Patutnya pasang la kat tempat yang 110 km/j , barulah boleh tangkap siapa yang laju . Hmmm.



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment